RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA 2025: Kembali dengan Semangat Perpaduan & Keberkatan Ramadan
RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA kembali untuk tahun ke-7, membawa semangat gotong-royong dan keindahan tradisi Ramadan ke Dataran Merdeka! Anjuran Ideaktiv menerusi majalah RASA. Istimewa kali ini, program mendapat kerjasama pihak Angkatan Tentera Malaysia sebagai rakan strategik. Acara signature majalah RASA ini turut didukung oleh rakan-rakan penaja iaitu BLACKMORES® sebagai panaja utama, rakan kolaborasi FGV, serta penaja bersama AJI-SHIO®, Santan S&P, OKI, dan INDRIVE. Turut menjadi rakan kolaborasi ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang bersama-sama memastikan kelangsungan acara penuh bermakna ini.
Lebih daripada sekadar hidangan, 8,000 pek bubur lambuk akan diedarkan secara percuma, bukan hanya kepada pengunjung Dataran Merdeka tetapi juga ke bazar Ramadan, PPR, masjid, tahfiz, hospital, dan Institut Jantung Negara (IJN), menyebarkan keberkatan kepada mereka yang memerlukan. Bermula jam 12 tengah hari hingga 10 malam pada 22 Mac 2025, acara ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk demonstrasi masakan oleh Chef Naem dan Shafiqcute, sesi Tazkirah Ramadan bersama Ustaz Hariri, serta kehadiran selebriti terkenal seperti Mila Jirin, Nana Mahazan, Faizal Ismail dan ramai lagi.
Sebagai sebahagian daripada aktiviti utama Iftar @KL2025, program ini lebih istimewa dengan pameran 11 struktur replika hiasan gergasi bagi memeriahkan Malam Tujuh Likur, mencipta suasana penuh magis dan nostalgia Ramadan. Orang ramai dijemput hadir untuk menikmati bubur lambuk dan berbuka puasa bersama, dan merasai keindahan tradisi dalam suasana penuh cahaya dan keberkatan.
VIDEO
GALERI

Blackmores Multivitamin + Mineral mengandungi vitamin dan mineral penting untuk memberikan sokongan nutrisi lengkap kepada tubuh anda dan membantu mengekalkan kesihatan setiap hari. Ia membantu melengkapkan diet yang tidak seimbang hanya dalam satu dos sehari. Diperkaya dengan 20 nutrisi penting seperti Vitamin A, B, C, D3, Zink, Besi, serta Asid Folik, disarankan untuk diambil semasa sahur.

Blackmores Daily Protect Chewable adalah vitamin C berperisa oren asli yang mudah dikunyah. Membantu menyokong kesihatan harian & didatangkan tanpa perisa tembahan dan pemanis tiruan serta diformulasi dengan vitamin C 500 mg dan hesperidin (ekstrak sitrus campuran). Disarankan untuk diambil semasa berbuka puasa (dewasa disarankan mengunyah 2 tablet selepas makan).