Bubur Lambuk Ala Kampung Baru Menu Wajib Di Kala Berbuka

Share

Tak lama lagi kita bakal menyambut Ramadan. Bubur lambuk menu kemestian buat mereka yang menggemarinya. Kesedapan bubur lambuk kampung baru memang buat kita terkenang-kenang. Nah buat yang merinduinya, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Datin Shida. Pasti terubat rindu kalian semua.

Bubur Lambuk

Bahan-bahan A

2 pot beras dicuci bersih
Air secukupnya

Bahan-bahan B:-

Bahan tumis :-

Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Lada hitam
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih

Bahan-bahan kisar:-

6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia

2 sudu makan udang kering (dikisar)

1 paket rempah sup (dijadikan pes)

300gm daging ( dipotong dadu & nipis)

1 liter santan

2 sudu makan minyak sapi

2 helai daun pandan

Minyak untuk menumis

Cara memasak:

1.Rebus beras dengan air & simpulkan daun pandan masak sehingga beras hampir menjadi bubur

2.Di dalam kuali berasingan panaskan minyak & tumis bahan-bahan B.

3.Kemudian masukkan bahan-bahan kisar & sehelai simpulan daun pandan, tumis hingga naik bau

4.Masukkan rempah sup yang telah dijadikan pes & tumis sehingga naik minyak

5.Masukkan daging yang telah dipotong dadu nipis2-nipis dan kacau rata

6.Campurkan bahan-bahan B ini ke dalam Bahan A dan kacau sebati

7.Apabila bubur dah hampir masak masukkan santan, minyak sapi & akhir sekali garam secukup rasa

8.Hidangkan bersama-sama daun bawang, bawang goreng & daun sup.

SELAMAT MENCUBA!

Resipi Ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour

IKLAN