Bubur Jagung Lemak Manis, Sedap Untuk Minum Petang

Share

Bubur jagung lemak manis memang sedap dimakan ketika minum petang. Cicah dengan roti pun sedap.

Ikuti resipi daripada puan Norliyana Azni ini. Gerenti sedap tau! 

Bubur Jagung Lemak Manis

Bahan-bahan:

Buah jagung

3 sudu besar susu pekat

1 kotak santan – boleh beli online di sini

3 keping gula Melaka/nisan saiz kecil – boleh beli online di sini

Air

Sedikit garam – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Untuk masak sagu, rebus air sampai menggelegak, lepas tu baru masukkan sagu. Air lebih sikit tak apa, senang sagu nak kembang. Kacau sikit-kacau jangan kerap sangat.

Selagi ada biji putih maksudnya tak masak lagi. Tapis dan lalukan dengan air paip macam ni. Sejatkan. Ketepikan.

Buang kulit jagung, basuh, hiris sederhana tebal dan jangan halus sangat. Masukkan hirisan jagung tadi ke dalam periuk.

Ambil lebih kurang dua senduk jagung dan sedikit air. Kisar sampai hancur. Tujuannya kita nak bagi kuah tu ada rasa jagung jugak.

Lepas tu tuang jagung kisar ke dalam periuk berisi air dan jagung tadi. Rebuslah semuanya sampai jagung empuk. Anggaran dalam 15 minit.

Bila jagung dah empuk, masukkan santan,  nisan/Gula Melaka dan garam sedikit. Masukkan juga tiga sudu besar susu pekat. Kacau sedikit. 

Kemudian masukkan sagu ke dalam bubur jagung tadi dan kacau. Biar mereneh. Tutup api. Siap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

IKLAN