Bubur Jagung Lemak Manis Sebagai Manisan Minum Petang

Share

Senang je sebenarnya nak buat bubur jagung ni, yang buat susah rasa malas je. Bahan nak buat bubur jagung ni pun mudah je tak banyak hal. Menu bubur jagung ni terpulang nak dihidangkan panas ataupun sejuk. Tapi saya lagi suka makan masa sejuk rasa lemak manisnya lagi terasa di tekak. Resipi yang dikongsikan oleh Norhafizan Ezan Sulaiman

di Facebook ni memang laku keras kalau terhidang. Jom kita cuba!

 

RESIPI BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS

 

BAHAN-BAHAN:

1 tin Cream Styled Corn (jenama hosen)

1 tin Sweet Corn (jenama hosen)

Susu cair 1 tin (nak kurang manis kurangkan. Kalau letak sagu kena letak 1 tin sebab nanti pekat)

Sehelai daun pandan

2 sudu besar gula perang

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan kedua-dua jagung dalam tin.

2. Tuangkan susu cair. Kemudian letakkan juga daun pandan dan gula perang.

3. Panaskan semua bahan dalam periuk sampai mendidih.

4. Bila dah mendidih, tutup api dan sejukkan.

5. Boleh juga letakkan sagu mengikut citarasa masing-masing.

6. Nak lagi sedap boleh masukkan biskut wheat cracker yang sudah dihancurkan.

 

SELAMAT MENCUBA!

 

Kredit: Norhafizan Ezan Sulaiman

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN