Dah lama rasanya tak buat bubur jagung ni. Paling sedap kalau waktu petang makan ramai memang seronok, bubur manis begini memang jadi rebutan. Bolehlah buat nanti. Rasa lemak manis memang tak boleh bawa bincang.
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula Melaka
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
1) Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2) Kisar halus jagung bersama satu cawan air. Untuk bagi kuah tu rasa jagung.
3) Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama dua cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4) Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5) Bila jagung dah empuk, masukkan santan, garam, gula Melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau.
6) Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacaukan ia. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila dah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
*Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
Kredit: Suhaz Waniy
Olahan: tihiecikman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA :
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official