Bubur Candil Hidangan Pemanis Mulut Yang Sedap Dan Cantik Dipandang

Share

Bubur candil ini memang sedap. Ada rasa manis dan manisnya. Sesuai dimakan ketika masih panas atau pun sejuk sebagai pemanis mulut.

Perkataan ‘candil’ itu sendiri merujuk kepada bebola tepung pulut yang ada di dalamnya. Biasanya bebola itu berwarna warni dan ini membuatkan bubur itu cantik dipandang.

Ia juga dikenali sebagai bubur tepung pulut yang berwarna-warni, diperbuat daripada tepung pulut. Tapi kali ini, bebola itu diperbuat daripada campuran keledek oren dan ungu bersama tepung pulut.

So, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Norfazida Gda ini ye.

Bubur Candil

Bahan-bahan:

Ubi keledek oren dan ungu

5-6 biji pisang masak (potong)

1/4 cawan tepung tepung pulut (atau tepung ubi) – boleh beli online di sini

Sedikit pewarna oren dan ungu (optional)

200ml santan pekat

2 cawan air

1/2 cawan gula (boleh adjust kemanisan) – boleh beli online di sini

Sedikit garam – boleh beli online di sini

2 helai daun pandan

Air

Cara Memasak:

Lenyek keledek yang telah dikukus empuk secara berasingan setiap warna. Tambahkan tepung pulut dan pewarna mengikut warna keledek. Gaul dan uli menjadi doh. Jika perlu tambahkan sedikit air.

Bentukkan doh kepada bentuk dan saiz yang diingini. Masak dalam air yang mendidih sehingga doh timbul. Tapiskan dan bilas dengan air untuk membuang lebihan kanji.

Dalam periuk lain, satukan santan, air, gula dan daun pandan. Masak hingga sedikit mendidih, masukkan pisang, doh keledek dan garam. Masak sehingga mendidih dan pisang empuk.

Tutup api. Siap!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN