Bubur Barli, Bantu Sejukkan Tubuh Yang Demam

Share

 

Barli membantu menyejukkan tubuh terutama bagi mereka yang menghidap demam. Selain dijadikan minuman, barli juga sebenarnya sesuai dijadikan bubur. Tambah sedikit keledek atau lobak merah untuk menambah cita rasanya. Bubur barli yang dihirup suam-suam boleh menyejukkan tubuh dan sekali gus membantu menghilangkan panas badan yang demam.

RASA tampilkan resipi bubur barli untuk anda.

BUBUR BARLI

 

BAHAN-BAHAN
1 cawan barli (direndam 1 jam dan toskan)
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar gula merah
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam

CARA MEMBUAT
1. Rebus barli dengan 2 cawan air sehingga kembang. Lebih kurang 30 minit.
2. Dalam periuk lain, isi 1/2 cawan air. Kemudian masukkan gula pasir dan gula merah. Biarkan mendidih.
3. Tapiskan bancuhan gula ke dalam periuk berisi barli tadi.
4. Masukkan santan, daun pandan dan garam. Kacau sehingga mendidih lagi.
5. Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia hidangkan.

Selamat mencuba!

IKLAN