Bubur Ayam Sempoi, Sedap Sampai Anak Suka Makan

Share

 

 

Bagi korang yang ingin masak bubur nasi untuk anak-anak, boleh cuba masak bubur nasi macam ni. Rasanya sedap dan anak-anak mesti suka. Bubur nasi ini mempunyai bahan tumisan dan inilah yang menjadikan bubur nasi lebih sedap. Jom try buat.

BUBUR AYAM SEMPOI


73342378_10157607121721624_4934124868493901824_n.

BAHAN-BAHAN
1 sudu minyak masak untuk menumis
1 biji Bawang Besar | dihiris & ditumis
Sup Bunjut
Beras | dicuci bersih dan toskan
Air secukupnya
Isi ayam | dipotong kecik
Lobak merah | potong panjang
Kentang | potong dadu

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar. Masukkan juga sub bunjut.
2. Masukkan beras. Gaul selama 2 minit supaya sebati.
3. Masukkan air. Gaul sebati.
4. Masukkan isi ayam, lobak merah dan kentang.
5. Biarkan semuanya masak. Kacau sesekali.

Selamat mencuba!

Resipi Oleh: Facebook Yasmin Fami

IKLAN