Buat Tapai Pulut Ikut Langkah Ni Gerenti Menjadi

Share

Ada yang mengidam nak makan tapai. Tapai ni lagi lama disimpan lagi sedap. Makan pula ketika sejuk memang nikmat. Nak membuat tapai supaya berjaya boleh ikut perkongsian ini.

 

TAPAI PULUT

Bahan-bahan:

1 kg pulut susu(direndam semalaman)

1 biji ragi

Daun pisang/ bekas secukupnya

Dapatkan Haushalt Origami 3-Tierd Folding Shelves

 dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

Cara membuat:

1.Basuh beras pulut yang telah direndam dan tanak seperti masak nasi(air paras pulut).

2.Setelah masak sejukkan atas talam.

3.Hancurkan sebiji ragi dan tapis.Taburkan ragi di atas pulut yang betul-betul sejuk.Gaul pulut dengan ragi sehingga rata.

4.Bungkus dalam daun pisang atau bekas yang sesuai.

5.Setelah siap letakkan di tempat yang tertutup( sis letak dalam kabinet dapur je) Biarkan lebih kurang 24jam- 30jam.

6.Setelah manis bolehlah diletakkan dalam peti sejuk.Lagi lama dalam peti sejuk lagi manis dan sedap.Tapai boleh tahan 2-3 minggu.

* pulut kalau nak kukus pun boleh, tiada masalah.

Kredit: Bahayah Bahasar

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN