
Singgang kuning ini antara lauk ringkas yang cukup menyelerakan. Ada masa tekak kita memang inginkan lauk rebus-rebus, tak mahu gulai atau sambal yang berminyak atau berlemak.
Kalau datang selera begini lauk singgang kuning ini sesuai sangat dihidangkan. Tak perlu goreng sayur kerana boleh masukkan sekali ke dalam singgang. Boleh gunakan apa saja ikan yang ada.
Tapi pastikan kuahnya banyak, kerana singgang kuning ini paling sedap adalah bab hirup kuahnya. Bagi yang tak pernah cuba menu ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Mizah Ngatiman. Boleh juga dijadikan lauk ibu dalam pantang, tapi sebaiknya lebihkan kunyit, halia dan letak lada hitam.
Lauk ikan singgang kuning

Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1 batang serai-diketuk
Asam jawa
2 tangkai lada besar
1 batang bunga kantan (potong dua)
Bahan ditumbuk
1sb ketumbar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 inci halia
2 inci kunyit hidup

Cara membuat:
1. Tumis bahan tumbuk dan serai dengan sedikit sahaja minyak. Biarkan layu
2. Letak air secukupnya ikut banyak mana kuah kita suka. Biarkan mendidih.
3. Masuk ikan, Letak cili, bunga kantan, asam keping dan garam secukupnya
4. Akhir sekali masukkan bendi, bila sayur masak tutup api. Siap.

Sumber: Mizah Ngatiman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Mudah Menyediakan Sarok Ikan Terengganu

Resipi sarok ikan Terengganu yang mudah, sedap dan cepat disediakan.
Resipi Sarok ikan Terengganu yang dikongsi saudara Muliadi Ramli ini, memang takkan boleh jumpa di tempat lain.
SAROK IKAN TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembung saiz sederhana (dibersihkan dan dibuang tulang dan dikikis isi seperti dalam gambar, isinya campur dengan isi ikan selayang)

4 ekor ikan Selayang (diambil isi sahaja, lepas tu tumbuk lumat isinya)
½ biji kelapa parut (ambil putih sahaja, ditumbuk halus sikit)
TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live
TONTON Wantan Goreng | Dapur Rasa Live

BAHAN TUMBUK:
4 biji bawang merah – beli online di sini
3 biji bawang putih – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
1 sudu besar lada hitam – beli online di sini
1 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk jintan manis & putih
* semua bahan ditumbuk halus
Garam, gula & perasa secukupnya
Air asam jawa & sedikit belacan
2 sudu besar cili boh
Dapatkan Muzy Microfiber Towel Set 2.0 dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Campurkan isi ikan, kelapa parut dan bahan tumbuk. Gaul rata hingga sebati semuanya dan perasakan.

2. Kemudian, sumbat adunan tadi dalam ikan seperti dalam gambar.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Panaskan kukusan.
4. Lepas tu, masukkan ikan dalam kukusan. Kukus selama 10 hingga 15 minit (bergantung kepada kukusan dan api). Bila masak, tutup api.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

*Kalau nak ikan masak atau tidak, boleh tengok bahagian matanya. Kalau dah putih, masaklah tu.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lempeng Lembut Gebu Sampai Esok Pagi, Wanita Ini Kongsi Petuanya
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Singgang Pedas Sedap, 5 Minit Dah Siap Masak

Sedap Singgang Pedas Ikan Kerisi ni. Makan bersama nasi panas dan ulam-ulaman, memang membuka selera. Terdapat pelbagai versi singgang ikan tetapi resipi yang dikongsi oleh saudari Puan Sue Zakaria ni antara yang paling mudah dan tentunya membuka selera. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK SINGGANG PEDAS SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
- Ikan kerisi
- 1 biji bawang merah – beli online disini
- 2 ulas bawang putih – beli online disini
- 3 hiris lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- 1 biji lada besar
- 3 tangkai cili padi merah (a pedas lagi boleh lebihkan)
- 2 keping asam gelugur – beli online disini
- Bendi secukupnya
- Daun kesum (bendi dan daun kesum tak letak pun tak apa. Jika letak lebih sedap)
- Air secukupnya
- 2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:
1.Tumbuk lumat semua bahan kecuali ikan, asam keping, bendi dan daun kesum.

2.Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk termasuk dengan ikan, bendi, daun kesum dan juga asam keping.
3. Masukkan air dengan secukupnya letak atas dapur.

4.Masak dengan api besar hingga mendidih kemudian perasakan dengan garam.
5.Singgang Pedas sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Puan Sue Zakaria
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Idea Masak 3 Menu Seafood 10 Minit Je.

Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye… asalkan bahan utama diperap awal.

UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
- 300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh minyak bijan
- ½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar | cincang
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- 50gm daun bawang | potong 3cm
- 1 sudu makan susu segar
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
- Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
- Kacau rata dan tutup api.
- Sedia dihidangkan panas-panas.

KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
- 300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
- 1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
- 1/4sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu makan kicap
- 3 sudu makan air
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh gula
- Sedikit garam jika perlu
- Bahan-bahan lain:
- 4 ulas bawang putih | cincang kasar
- 4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
- 5 tangkai cili kering | potong 2cm
- 1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
- Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
- Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
- Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
- Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
- Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
- Tutup api, dan gaul rata.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.

SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- Bahan-bahan lain:
- 2 biji cili hijau | hiris bulat
- 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh rempah masala
- 1 biji tomato | potong dadu
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa.
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
- Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
- Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
- Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
- Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

