Buat Sendiri Teh Masala/Chai Dari Pakistan, Cukup Lemak & Manisnya

Share

Sedapnya minum teh masala atau chai dari Pakistan ni. Sambil layan angin-angin petang di laman rumah.

Kalau diikutkan cara orang Pakistan buat, mereka hanya letak teh, susu segar, pelaga dan jintan manis. Tiada halia atau rempah-ratus lain.

Menerusi perkongsian resipi daripada Siti Hazneza Abdul Hamid ini, cara nak buat senang saja.

 

TEH HALIA

BAHAN-BAHAN:

½ inci kulit kayu manis – beli online di sini
1 kuntum bunga lawang – beli online di sini
4 biji pelaga – beli online di sini


1 inci halia | hiris & ketuk – beli online di sini
1 sudu teh jintan manis – beli online di sini
3 uncang teh
2 cawan air
2 cawan susu atau setakat kepekatan yang disukai
Gula secukup rasa

TONTON Macaron Teh Tarik | Dapur Rasa Live

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Rebus semua dengan air sehingga menggelegak. Boleh kurangkan rempah-ratus jika tidak suka rasa yang kuat, terutamanya pelaga dan bunga lawang.

*Rebus bagi menggelegak. Jika nak rasa lebih ‘keras’ boleh letak lebih banyak teh atau rebus lebih lama.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

*Saya mengelak rebus terlalu lama sebab selepas 10 minit rendaman, teh dah mula keluarkan kafein. Sebelum tu, teh kaya anti-oksidan.

*Jika nak rasa rempah yang lebih, boleh tambah. Jika suka sederhana, boleh kurangkan. Untuk teh Masjid Jamek Vancouver hanya guna pelaga dan jintan manis ya.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

2. Sediakan susu. Jika guna susu tepung, bancuh 4 sudu makan susu dengan air panas.

*Saya guna susu tepung. Saya bancuh 4 sudu makan susu dengan air panas sekadar kepekatan yang disukai.

*Gabungan susu manis dengan susu sejat memang sedap. Jika susu manis sahaja rasanya terlalu leting, sampai memotong rasa the.

3. Jika guna susu segar, boleh tuang dalam periuk selepas teh dan rempah-ratus menggelegak. Kecilkan api dan biar mendidih sekali. Jangan tinggal, takut meruap!

4. Jika suka guna susu pekat manis, guna 1 sudu makan susu pekat manis dan 3 sudu makan susu sejat.

Kredit resipi: Siti Hazneza Abdul Hamid

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN