Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade Yang Sedap, Bersih & Dijamin Halal

Share

Sedap Tauhu Telur homemade ni. Macam-macam menu boleh dimasak menggunakan bahan ini. Boleh dimasak sup, dijadikan inti dumpling atau dimasak bersama sayur pun sedap. Tauhu ini mudah diperolehi di pasaraya namun ia juga sangat mudah disediakan sendiri di rumah. Benda boleh jimat, tidak salah untuk mencuba kan? Malah rasanya juga lebih sedap, bersih dan dijamin halal. Jom cuba! Saudari Zaimah Zakaria ada kongsikan cara-caranya.

 

RESIPI TAUHU TELUR HOMEMADE YANG MUDAH, SEDAP DAN DIJAMIN HALAL

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur gred A
225 ml air soya – sebarang jenama. Boleh juga guna soya tanpa gula beli online disini
1/2 sudu kecil garam beli online disini
Plastik aiskrim beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam.


2. Masukkan air soya dan kacau semua bahan dalam mangkuk tadi hingga sebati.


3. Tapis bancuhan telur supaya tiada buih.


4. Masukkan bancuhan telur tadi ke dalam plastik aiskrim.


5. Ikat muncung plastik dengan kemas.


6. Panaskan air di dalam periuk namun tidak perlu sampai mendidih.


7. Masukkan bungkusan Tauhu Telur tadi. Masak selama 30 minit menggunakan api yang perlahan

.


8. Bila tauhu sudah bertukar warna, maknanya ia sudah masak sempurna.


9. Angkat Tauhu dan sejukkan terlebih dahulu.


10. Bila Tauhu Telur sudah sejuk, baru dipotong

.


11. Bila hendak digoreng, tabur dan salut kepingan tauhu dengan sedikit tepung jagung.


12. Goreng dalam minyak hingga keperangan. Begini rupa Tauhu Telur yang siap digoreng.


13. Tauhu Telur homemade sedia untuk dimasak dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan sama ada sayur, sup, sambal atau apa-apa sahaja sajian kegemaran keluarga.

Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN