Buat Sendiri Samosa Dengan Kulit Popia, Mudah dan Rangup.

Share

Sekarang semua kerja nak  cepat,   termasuklah dalam penyediaan minuman petang. Apa kata anda  sediakan  menu minum petang kudapan yang ringkas tetapi berkhasiat iaitu Samosa Sayur Berdaging, cepat dan sangat mudah disediakan. Kalau buat alebih, separuh bolehlah difrozenkan. Bila-bila teringin, hanya keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Jika ingin mencuba, berikut disertakan resipi.

SAMOSA  SAYUR BERDAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 20 keping kulit popia
  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1 cawan hirisan kubis
  • 1 cawan parutan lobak merah
  • 1 biji bawang merah | potong dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak masak | untuk menumis

LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Panaska nminyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.

LANGKAH 2:  Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.

LANGKAH 3:  Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.

LANGKAH 4 : Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan .

LANGKAH 5:  Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi dan kemaskan lipatan dengan sapukan sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.

LANGKAH 6: Panaskan  minyak dengan api sederhana, goreng Samosa  hingga kuning keperangan.

 

 

IKLAN