Buat Sendiri Roti Tortilla, Guna 4 Bahan Je!

Share

Menu tortilla wrap ini sangat sesuai buat mereka yang diet tanpa makan nasi. Boleh simpan frozen separuh masak jika tak nak makan terus.

Menerusi resipi yang dikongsi Farhah Azman ini, buat sendiri tortilla wrap lagi puas hati sebab dapat buat banyak. Lagi menarik, hanya gunakan empat bahan je nak buat roti tortilla!

 

TORTILLA WRAP

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung (saya pakai mug) – beli online di sini


½ sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder – beli online di sini
3/4 cawan air panas gelegak (ni tuang sikit-sikit nanti, takut terlembik. Kita nak dia jadi doh molek licin. Masa gaul mohon pakai sudu dulu, kemudian tukar pakai tangan)
2 sudu marjerin/mentega (ikut mana yang ada, kena cairkan ya) – beli online di sini

Dapatkan Zahraa Madeena Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MENYEDIAKAN:

1. Mula-mula, masukkan semua bahan iaitu tepung, garam dan baking powder. Gaul-gaul rata.
2. Kemudian, masukkan marjerin dan air. Masa ni, air tuang sedikit demi sedikit. Gaul-gaul sampai elok dapat uli jadi doh dan tak melekat di sudu atau tangan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Kemudian rehatkan 15 minit. Baru buat bulat-bulat kecil ikut saiz yang korang suka.

4. Masa nak bakar atas pan, bakar tanpa minyak ya. Tak perlu minyak. Siap.
5. Untuk bahagian inti di dalam, boleh letak apa jua jenis inti yang disukai.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Kredit resipi: Farhah Azman

Jom sertai kelas memasak online biskut kudap kudap secara PERCUMA! Boleh klik DI SINI 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN