Buat Sendiri Roti Boy Homemade Sedap Guna Roti Sandwic Je

Share

Roti Boy memang sedap kan? Roti bun lembut yang dibakar bersama sos kopi yang harum, dalamnya berintikan mentega bergula menjadikan ia sangat enak dinikmati pada bila-bila masa. Namun ada kala bila teringin nak makan atau merasa, kedainya pula jauh atau sukar nak dapat. Nah…Menerusi perkongsian saudari As Danish beliau kongsikan resipi Roti Boy homemade yang beliau pelajari dari channel Youtube Buat Orang Lapo. Nampak mudah & sedap. Jom lihat cara-caranya.

RESIPI ROTI BOY HOMEMADE

BAHAN-BAHAN ROTI:
8 keping roti putih / sandwic
Mentega secukupnya beli online disini
Gula kastor secukupnya beli online disini

BAHAN KRIM KOPI:
80gm mentega (salted/bergaram) beli online disini
60gm gula ising beli online disini
1 biji telur
80gm tepung naik sendiri blue key (ayak) beli online disini
1 sudu makan bancuhan air kopi ( 1 sudu makan serbuk kopi bancuh dengan sedikit air – pandai-pandai agak la ya) beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Sapukan mentega pada sekeping / satu bahagian roti, kemudian taburkan gula kastor di atasnya. Kepitkan dengan sekeping lagi roti dan potong bentuk segi tiga. Ketepikan.


2. Untuk krim, campurkan mentega dan gula ising. Kacau sebati.
3. Masukkan telur. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak.
5. Masukkan bancuhan air kopi dan adun lagi hingga sebati.

6. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di dalam loyang pembakar.


7. Bakar pada suhu 180°c selama 20-25 minit atau ikut kesesuaian ketuhar masing-masing.


8. Roti Boy homemade sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: As Danish (dicuba dari resipi Buat Orang Lapo (You Tube)

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN