Buat Sendiri Rojak Mee Mamak Style…
Rojak Mee mamak style ini sekali rasa memang akan teringat-ingat sedapnya. Kuahnya yang pekat manis lemak, ditambah cucur dan sayur rangup, mee kuning yang kenyal serta pelbagai bahan sampingan, memang puas hati makan.
Selain makan di restoren nasi kandar atau mamak kita juga boleh membuatnya sendiri. Boleh ikut resipi perkongsian Shah Shatry yang lengkap dari A sampai Z, bermula dari kuah, cucur hinggalah cara hidangannya.
4 biji ubi keledek – direbus dan dikisar dengan sedikit air
4 sudu besar kacang tanah kisar
2 keping gula kerek / gula merah
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
15 biji cili kering
1 inci belacan
½ cawan udang kering
2. Masukkan air asam jawa dan gula kerek. Masukkan ubi keledek yang diblend bersama kacang tanah kisar.
3. Tambahkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Siap.
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis
Taugeh secukupnya
Kucai secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga dapat adunan sederhana pekat.
3. Perap 1 jam dan goreng hingga masak.
4. Hiris atau gunting kecil untuk dihidangkan bersama rojak mee.
Mee kuning – dicelur
Timun – dihiris kecil
Ubi sengkuang – dihiris
Fish ball & fish cake – digoreng
Tauhu – digoreng
Telur rebus
Taugeh – dicelur
Ubi kentang – direbus dan dipotong dadu
Cucur – dipotong kecil
Cili besar – dipotong serong
Limau nipis
Daun bawang – dihiris
Kredit resipi & foto: Shah Shatry
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA