Buat Sendiri Puff Sardin Macam Dekat Bakeri Guna Resipi Mudah Ni. Sedap!

Share

Anda suka makan Puff Sardin? Memang sedap jika dinikmati panas-panas. Tidak sukar untuk menyediakan sajian yang seakan dari bakeri ni jika tahu caranya. Hanya dengan beberapa bahan, nah… Puff Sardin enak siap tersedia untuk dimakan. Nak cuba? Sudari Kak Sha ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

RESIPI PUFF SARDIN MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Paff pastri sejukbekubeli online disini
Inti sambal sardin secukupnya
1-2 biji kuning telur
Sedikit susu cair @ fresh cream beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Pertama sekali, buat intinya. Anda bebas menggunakan apa-apa inti sama ada inti karipap, inti kentang, carbonara atau sebagainya. Empunya resipu menggunakan

sambal sardin. Caranya isi sardin dihancurkan tetapi sosnya diletak sedikit sahaja. Bila sudah siap dimasak, tambah sedikit mayones. Jika mahu inti lebih sedap, buat Tuna Mayo dan tambahkan sedikit serbuk lada hitam. Ketepikan.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit.
3. Pada masa yang sama, keluarkan kepingan puff pastri supaya cepat lembut. Dalam 15 minit sudah boleh digunakan. Pastikan pastri tidak terlalu lembut kerana nanti susah untuk diuruskan (biar keadaan pastri lembut tapi masih keras/separa lembut).


4. Untuk membuat pastri berbentuk 4 segi, buat garisan di tengah-tengah.Kemudian turis dengan pisau di bahagian tengah. Buat separuh sahaja. Cara yang sama untuk pastri 3 segi.


5. Letak inti dengan secukupnya. Jangan terlalu banyak nanti susah untuk dikelim.


6. Kemudian lipas pastri dengan berhati-hati.


7. Kelim bahagian hujung pastri menggunakan garpu supaya melekat dengan sempurna.


8. Lakukan langkah yang sama hingga semua pastri habis.


9. Ambil egg wash dan sapukan pada pastri. Untuk menyediakan egg wash, campurkan kuning telur bersama susu fresh cream atau susu cair. Ia penting untuk menghasilkan pastri yang seakan di kedai bakeri.


10. Bakar pastri selama 35- 40 minit. Untuk tahu ia masak atau tidak, bila sudah garing di bahagian bawah, tandanya telah masak sempurna. Jika tidak garing, nanti hasil tidak rangup.
11. Sedia untuk dinikmati.

INFO: Selain inti savouri, boleh juga menggunakan inti manis seprti Nutella, jem dan sebagainya.

 

Kredit resipi & foto: Kak Sha

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN