Buat Sendiri Pani Puri Sedap & Paling ‘Simple’ Guna Resipi Mudah Ni

Share

Pani Puri atau nama lainnya Gol Gappa adalah salah satu makanan jalanan atau ‘street food’ popular masyarakat India. Enak dan sangat mudah cara penyediaannya. Ia sesuai dinikmati bila-bila masa. Memang kenalah dengan selera orang Malaysia yang berbilang kaum ni. Ada yang nak cuba? Saudari Nazuhaini Azu ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

RESEPI PANI PURI YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

BAHAN INTI PANIPURI:

  • Ubi kentang secukupnya – rebus & lenyek
  • Daun ketumbar – cincang
  • Bawang merah – cincang halus
  • Serbuk cili secukupnya beli online disini
  • Garam halus secukup rasa
  • Serbuk jintan manis secukupnya beli online disini
  • Serbuk jintan putih secukupnya beli online disini

 

BAHAN SOS HIJAU:

BAHAN SOS PUTIH:

  • Mayones @ tairu /yogurt original secukupnya beli online disini
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit air

BAHAN SOS ASAM:

CARA MEMASAK:

1.INTI PANI PURI: Untuk menyediakan inti, satukan semua bahan kemudian gaul sebati. Ketepikan.


2. SOS HIJAU: Untuk menyediakan sos hijau, satukan semua bahan dan kisar halus. Jumlah bahan boleh disesuaikan ikut cita rasa. Siap dan ketepikan.


3. SOS PUTIH: Bagi menyediakan sos putih pula, satukan semua bahan dan gaul sebati. Resipi asal, menggunakan tairu @ yogurt. Tapi jika tiada, boleh sahaja menggunakan mayones.


4. AIR ASAM: Untuk air asam, satukan semua bahan mengikut jumlah yang disukai. Masak hingga sedikit pekat. Siap.


5. Ini rupa Pani Puri yang belum digoreng.


6. Untuk memasaknya, pani puri ini goreng tidak perlu lama. Masak guna api kecil sahaja. Masukkan dalam minyak panas, balik-baikkan dan angkat bila sudah kembang dan keperangan.

7. Rupa Pani Puri selepas digoreng beberapa saat dalam minyak panas.


8. CARA MAKAN: Pecahkan sedikit Pani Puri macam dalam gambar ni, masukkan inti kentang.

9. Sudukan sos hijau, sos asam dan sos putih. Tabur sedikit daun ketumbar.
9. Kemudian boleh terus masuk sebiji-sebiji ke dalam mulut. Nikmatnya terasa semasa pastri pecah di dalam mulut. Sedap! Selamat mencuba.

 

Kredit resipi & foto: Nazuhaini Azu

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN