Sesekali ubah selera dengan menu nusantara memang terbaik, kali ini kita cuba dua menu pilihan Chef Imelda yang dikongsikan dalam Campak-Campak Jadi Bersama Chef Imelda Haris. Tengok cara dia sediakan dua menu ini nampak senang dan hasilnya memang boleh buat orang lapar.

Buat Sendiri, Nasi Uduk Ayam Sambal Kacang & Red Ruy Crunch Ikut Cara Chef Imelda.
.

Dua menu yang dikongsikannya adalah Nasi Uduk Ayam Sambal Kacang, kalau korang nak tau, Nasi Uduk menu popular di Indonesia. Ia lebih kurang Nasi Lemak, cuma lauk pauk dioleh oleh Chef Imeda menggunakan Ayam Goreng dengan Sambal Kacang. Red Ruby Crunch pula menu dessert sangat popular di Thailand, tapi sekarang kat Malaysia pun popular, ia memang sedap.

Buat Sendiri, Nasi Uduk Ayam Sambal Kacang & Red Ruy Crunch Ikut Cara Chef Imelda.
.

Kalau korang tak sempat menonton atau kalau menonton tak sempat salin resipinya, ini RASA kongsikan resipi penuhnya. Jangan tak cuba, sesuai sangat mencuba resipi-resipi baru tak kala anak-anak cuti sekolah sekarang ini. Taklah jemu makan menu yang sama je..
Untuk mendapatkan resipi-resipi yang lainnya dari Chef Imelda, jangan lupa tonton Campak-Campak Jadi Bersama Chef Imelda Haris setiap Rabu 10.30 pagi di Facebook dan Youtube Majalah Rasa.

IKLAN

Buat Sendiri, Nasi Uduk Ayam Sambal Kacang & Red Ruy Crunch Ikut Cara Chef Imelda.
.

NASI UDUK AYAM SAMBAL KACANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN NASI:

  • 2 cawan beras | dibersihkan dan tos
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun salam
  • 2 batang serai | dititik
  • 1inci lengkuas | diketuk
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • Sedikit garam

BAHAN AYAM:

IKLAN
  • 6 ketul peha ayam
  • 5 tangkai cili merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 cawan kacang tanah goreng | ditumbuk kasar
  • 2 sudu cuka
  • 2 sudu gula perang
  • 3 sudu serbuk kunyit
  • Air panas mencukupi
  • Garam secukup rasa

BAHAN TAMBAHAN LAIN:

  • Telur goreng
  • Ulam timun
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Untuk masak nasi, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi. Kacau agar kesemua bahan sebati dan masak sehingga nasik masak.
  2. Untuk menyedian ayam, ayam dilumur dengan sedikit minyak dan diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng menggunakan air fryer. Ketepikan.
  3. Tumis cili dan bawang putih kisar sehingga wangi dan masukkan air panas, cuka, gula dan garam.
  4. Masak sehingga pekat lalu masukkan kacang dan ayam yang sudah digoreng tadi.
  5. Hidangkan bersama nasi uduk, ulaman, telur goreng dan bawang goreng.

Buat Sendiri, Nasi Uduk Ayam Sambal Kacang & Red Ruy Crunch Ikut Cara Chef Imelda.
.

IKLAN

RED RUBY CRUNCH
BAHAN-BAHAN:

  • 300gm buang berangan segar | dibersihkan dan dipotong dadu 1cm
  • 1 cawan tepung ubi
  • 4 sudu air
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 2.5 liter air untuk merebus red ruby
  • 1 plastik bersih

BAHAN KUAH SANTAN:

  • 2 cawan santan pekat
  • 500ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan | disimpul
  • 3/4 cawan gula
  • Ais yang mencukupi
  • Sedikit isi nangka | diracik

CARA MEMASAK:

  1. Tambahkan air ke dalam pewarna dan rendam buah berangan yang sudah didadukan tadi. Rendam selama 20 minit tapis dan toskan.
  2. Ambil plastik kosong bersih masukkan buah berangan tadi dan taburkan separuh tepung ubi ke dalam pastik, pastikan ada ruang udara semasa diikat.
  3. Lalu goncangkan agar kesemua tepung menutupi buah berangan tadi.
  4. Ulang process lagi sekali sehingga tepung habis.
  5. Goncangkan lebihhan tepung dan keluarkan buah berangan ke atas pingan.
  6. Celur ke dalam air panas sehinga tepung masak. Setelah masak, rendam red ruby di dalam air sejuk berais supaya ia tidak melekat.
  7. Renehkan santan bersama daun pandan, gula dan garam sehingga mereneh.
  8. Tutup api.
  9. Sedukkan red ruby ke dalam mangkuk, tuangkan kuah santan dan taburkan sedikit isi nangka di atasnya.
  10. Enak dihidang sejuk.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI