Buat Sendiri Mushroom Seasoning, Guna 3 Bahan Je

Share

Wah, rupa-rupanya mudah nak buat Mushroom Seasoning sendiri. Mudah saja, hanya gunakan tiga bahan. Berbaloi-baloi dan jimat poket.

Dapat buat stok berbotol-botol, bolehlah terus guna dalam masakan. Memudahkan dan menjimatkan. Dah tak perlu beli lagi Mushroom Seasoning. Lazimnya, ianya digunakan sebagai pengganti MSG. Jadi, kita boleh menggunakannya di dalam masakan sebagai penyedap rasa. Paling penting, lebih jimat dan menyihatkan.

Jom ikuti resipi mudah perkongsian daripada Nawal Yasmin Mat Noh ini. Semakin sedap dan lazat lah makanan yang kita masak selepas ini dengan adanya Mushroom Seasoning homemade.

BAHAN-BAHAN:

100g dried mushroom atau cendawan shitake kering – Boleh beli online di sini

50g garam – Boleh beli online di sini

50g gula – Boleh beli online di sini 

CARA MEMBUAT:

Cuci bersih cendawan dan lapkan terlebih dahulu dengan kain atau tisu.

Kemudian, bakar dengan suhu 100C selama 20 minit di dalam oven atau air fryer.

Sejukkan seketika cendawan tersebut.

Campurkan garam dan gula di dalam pengisar.

Kemudian, masukkan juga cendawan yang telah dikeringkan tadi.

Setelah itu, kisarkan cendawan tersebut selama 1 minit dengan kelajuan 10 menggunakan TM6. Terus jadi serbuk halus.

Mushroom seasoning telah pun siap dikisar. Inilah hasilnya. Boleh dimasukkan ke dalam botol dan buat stok. 

Nota: Sekiranya tiada TM6, boleh juga menggunakan pengisar biasa. Kisar beberapa kali sehingga mendapat tekstur halus seperti yang diinginkan.

Kredit: Nawal Yasmin Mat Noh

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN