Buat Sendiri Meatball & Sos Ala IKEA, Gerenti Licin Sepinggan

Share

Teringin pula nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadan. Boleh saja buat sendiri. Menurut pemilik resipi, dia juga mengikut resipi oleh IKEA tetapi diolah dengan bahan yang halal.

Hidangkan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Memang sama macam IKEA. Guna jem strawberry pun boleh. Selamat mencuba.

 

Meatball Ala IKEA

Bahan-bahan untuk meatball

750g daging cincang

100g serbuk roti

1 biji bawang besar – cincang halus

1 ulas bawang putih – cincang halus

1 biji telur

5 sudu besar susu full cream

Garam dan lada hitam

Cara membuat:

1.Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.

2.Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.

3.Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.

4.Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven)

Bahan untuk sos:

40g mentega-beli online di sini

40g tepung gandum-beli online di sini

2 kiub pati daging

300ml air

2 sudu kecil kicap lemak manis

1 sudu kecil Dijon mustard

150ml krim masakan/dairy whipping cream

Cara membuat

1.Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.

2.Masukkan kiub pati daging, hancurkan.

3.Masukkan air sambil kacau perlahan untuk elakkan berketul.

4.Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.

5.Kacau sampai pekat dan tidak berketul.

Kredit: Zan Zafirah Zainal

IKLAN