Buat sendiri kuih tiram yang rangup dan berlapis cantik, caranya ikut resipi yang dikongsi oleh peniaga kuih ini sendiri, Aznor Aznora
Tak dinafikan kuih tiram yang rangup dan manis ini antara yang dicari waktu raya. Sekali hadap memang ralit boleh habis sebalang kalau makan sambil bersembang.
Jika selalu kuih tiram ini kita beli, raya kali ini kita cuba buat sendiri. Kalau dah peniaga kuih tiram sendiri yang kongsi resipi dah tentu sedap.
Buat sendiri kuih tiram yang rangup, berlapis cantik
Bahan-bahan
1 bungkus tepung gandum cap Ros
6 sudu makan marjerin (cairkan)
1 biji telur(kacau dulu)
1 sudu makan garam
Air sejuk secukupnya
1/2 paket minyak masak
1/2 paket tepung ubi
Minyak masak untuk menggoreng
Ads
Cara membuat
1. Gaul minyak masak dan tepung ubi hingga adunan sederhana pekat. Ketepikan dulu, bahan ini adalah untuk sapuan pada doh nanti.
2. Tuang tepung gandum dalam bekas, buat lubang di tengah-tengah. Letak garam, marjerin yang dicairkan di dalamnya.
3. Kacau dengan senduk garam dan marjerin tadi hingga garam hancur. Selepas itu baru ratakan pada semua tepung. Ramas-ramas sampai jadi seperti serbuk roti.
Ads
4. Tuang telur, gaul sekejap kemudian curahkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang sederhana lembut.
5. Selepas itu bolehlah canaikan doh. Sapu doh yang siap dicanai nipis ini dengan bancuhan tepung ubi dan minyak tadi.
6. Seterusnya gulung doh dan barulah dipotong menjadi bahagian yang kecil.
Ads
7. Lenyek atau canaikan doh yang dipotong, kemudian bolehlah digoreng hingga garing keemasan. Angkat dan tos minyak. Biar sejuk sebelum digaul dengan gula halus.
Kuih Apam adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia. Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang-orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini. Nak buat pun mudah. Jom cuba!
1. APAM GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN
190gm gula pasir
180gm air
1/2 sudu teh esen vanilla
2 biji telur gred A
10gm mentega atau majerin
100gm minyak masak
20gm susu pekat manis
190gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMASAK:
Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.
Dengan menggunakan ‘ hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati.
Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh.
Setelah itu, kukus 15 – 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna.
Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.
Info chef: : Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.
2. APAM MEKAR AIS KRIM SODA
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
290gm gula pasir
1sudu teh ovalete
240gm ais krim soda
300gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
Pewarna pink atau pewarna yang disukai
CARA MEMASAK:
Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga sebati.
Titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
Sudukan adunan ke dalam cup sehingga 3/4 penuh.
Kukus dengan api besar selama 12 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Apabila sudah masukkan tepung ke dalam adunan, jangan kacau terlalu lama.
Cucur Udang Jagung ni memang sedap jika dipadankan dengan Kuah Kacang. Kombinasi keduanya membuatkan sajian ini jadi kegemaran ramai. Cara membuatnya pun tidak sukar. Sesuai bagi anda yang taka da banyak masa di dapur. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK CUCUR UDANG JAGUNG & KUAH KACANG TANPA SANTAN
Bosan asyik makan karipap inti kentang atau keledek. Apa kata ubah inti udang yang sangat mudah tapi lazat. Serta beri kelainan pada bentuk karipap agar lebih comel dan montok.
KARIPAP UDANG MONTOK
BAHAN KULIT KARIPAP:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin
1/2 sudu teh garam halus
3/4 cawan air biasa-jangan tuang semua agak-agak tidak melekat ditangan
2 -5 batang daun bawang di hiris halus
2 batang daun sup di hiris halus
Sedikit krim super/shortening
Minyak-untuk mengoreng
CARA MENYEDIAKANNYA:
Ayak tepung gaul dengan majerin jadi serbuk roti.
Campurkan daun bawang dan daun sup.
Larutkan garam dengan sedikit air. Tuang sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
Sapu krim super dan uli hingga licin dan perap 10 minit dan baru timbang doh 20@25 gram. Gelek dan isi inti dan kelimkan.
BAHAN INTI:
20-30 ekor udang- di buang kulit dan dipotong dadu
2 ulas biji bawang besar-dipotong dadu
2 biji bawang putih dipotong dadu
4 biji telur B
Garam dan serbuk cukup rasa
1-2 biji lada besar merah-di dadu halus biji di buang
Sedikit lada sulah
Daun bawang dan sedikit daun sup dihiris halus
1/2 batang lobak merah-di sagat memanjang
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan udang dan biarkan masak seketika.
Selepasitu perasakan garam dan serbuk cukup rasa. Kacau sebati.
Pecahkan telur sebiji-biji masak hingga sedikit kering.
Akhir sekali masukkan lobak merah yang di sagat bersama daun sup, daun bawang dan lada merah.
Kacau rata, taburkan sedikit lada sulah. Tutup api dan sejukkan.
CARA UNTUK KLIM KARIPAP:
1. Leperkan doh yang sudah dibulatkan. Letakkan inti udang di sebahagian permukan.
2. Terbalikkan sebelah bahagian bertemu dengan sebelah lagi satu seperti gambar dibawah.
3. Temukan hujung bucu karipap dengan bucu yang lagi satu.
4. Kelim karipap seperti biasa dan nampak ia bersambung antara bucu.
INFO: Boleh makan dengan sos pilihan anda atau sambal kicap.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.