Buat Sendiri Kuetiau Homemade Guna 3 Bahan Mudah

Share

Suka makan kuetiau? Jom belajar buat kuetiau segar @ Hor Fun homemade ni. Menurut empunya resipi, saudari Ida Alin Salleh, beliau tinggal di luar negara dan memang tiada kuetiau segar yang dijual di kedai. Jika ada pun, hanya kuetiau kering dan harganya boleh tahan mahal. Jadi, beli telah menghasilkan sendiri kuetiau segar secara homemade hanya menggunakan 3 bahan. Kuetiau ni boleh dimasak bermacam-macam menu. Antaranya Kuetiau Berkuah Telur Chinese style. Nampak sedap kan? Jom lihat cara-caranya.

 

RESIPI KUETIAU HOMEMADE GUNA 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung beras beli online disini
60gm tepung jagung beli online disini
600ml air

CARA MEMASAK:
1.Panaskan pengukus. Pada masa yang sama campurkan semua bahan dalam satu bekas. Sebatikan.
2. Tuang bancuhan tepung tadi ke dalam bekas non-stick (empunya resipi tidak minyakkan). Buat sedikit demi sedikit, nanti akan dapat banyak kepig kuetiau. Cukup untuk 4 orang makan.
3. Kukus selama beberapa minit menggunakan api besar.


4. Bila nampak adunan sudah berkedut, keluarkan dan letakkan bekas berisi kuetiau tadi ke dalam bekas berisi air sejuk.
5. Kopek keluar kepingan kuetiau.Jika bahagian tepi melekat, guna pisau mentega untuk lekangkan sedikit sebelum dikopek.

6. Letak kepingan kuetiau diatas pinggan dan sapu sedikit minyak. Potong ikut saiz yang disukai.
7. Boleh guna kuetiau untuk masak seperti biasa.

Kredit resipi & foto: Ida Alina Salleh

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN