Buat Sendiri Kerepek Bawang Ni, Sedap & Rangup

Share

Leka dapat makan kudapan yang disukai. Misalnya kerepek bawang, boleh layan makan sampai habis sepaket. Kalau suka dengan kudapan seperti ini , boleh buat sendiri dan ikut citarasa masing-masing. Moga perkongsian resipi oleh Suzi Yanti  yang diwarisi dari arwah maknya boleh buat anda puas makan.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 biji bawang besar dicincang halusssss
  • 1/2 cawan minyak masak yg dipanaskan
  • 1/2 cawan udang kering cincang halussss
  • Segengam daun bawang dicincang hausss
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukan semua bhn kedalam bekas dan uli sehingga tidak melekat di tangan.
  2. Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 15 ke 20 minit supaya mudah untuk dihiris
    susun yg telah dihiris ke dalam dulang.
  3. Kemudian goreng sehingga masakkk….siappppp

slmt mencuba💞

Credit : Suzi Yanti Md Hane
#mahn

IKLAN