Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna

Share

Pernah cuba Jeruk Limau Nipis? Pelbagai guna tau. Anda boleh menikmatinya sebagai ulam jeruk dengan cara dimakan bersama nasi, boleh dicampur dalam masakan Acar Buah malah boleh juga dicampur ke dalam minuman bersama sedikit madu. Sedap…. Bagi anda yang nak cuba, saudari Ami Sue Haji Sanusi ada kongsikan cara-caranya.

 

CARA BUAT JERUK LIMAU NIPIS HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
10 biji limau nipis segarbeli online disini
Air
Garam kasar beli online disini
1 senduk gula pasir beli online disini


1 cawan air mendidih
1 cawan cuka beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Basuh limau, lenyek-lenyekkan supaya lembut dan belah 4.


2. Panaskan air dalam periuk, rebus sekejap limau sehingga bertukar warna. Kemudian masukkan air baru, rebus sekali lagi, namun jangan rebus lama.
3. Angkat limau tadi dan toskan dulu. Biar sejuk sedikit.


4. Masukkan garam kasar ke dalam limau yang dibelah tadi. Sukatannya anggaran lebih kurang 1/2 sudu kecil untuk setiap biji.


5. Ambil gula pasir, larutkan dengan 1 cawan air mendidih dan biarkan sejuk dahulu.
6. Sediakan juga 1 cawan cuka makan.
7. Masukkan limau yang sudah diisi garam ke dalam balang. Susun elok-elok.


8. Tuang cuka dan air gula yang sudah sejuk ke dalam balang berselang seli sehingga habis.
9. Peram @ jerukkan limau selama 3 minggu hingga 1bulan. Selepas itu, bolehlah dimakan.


10. Selepas 1 bulan boleh simpan Jeruk Limau Nipis dalam peti sejuk supaya ia boleh tahan lama.

INFO:

  • Jeruk Limau Nipis ini boleh dibuat ulam jeruk yang dimakan bersama nasi panas, dicampur dalam Acar Buah dan boleh dibuat air yang dicampur dengan ais dan sedikit madu.
  • Limau perlu dilenyek bukan sekadar untuk melembutkan tetapi ia juga bagi mengeluarkan air pahit pada kulit limau.

 

Kredit resipi & foto: Ami Sue Haji Sanusi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN