Buat Sendiri Daging Pekasam Guna Nasi Sejuk. Mudah Je Caranya

Share

Nak belajar cara-cara buat Daging Pekasam secara homemade? Jom cuba resipi perkongsian saudari Adinda Umie Sue ini. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan pun. Jika tiada selera, daging pekasam ni boleh membangkitkan selera makan anda. Bagi yang selalu beli hidangan ini, pasti tahu harganya juga agak mahal kan? Jadi lepas ni bolehlah  anda boleh hasilkan sendiri. Mudah je. Jom cuba. Guna resipi mudah ni, boelh juga dibuat niaga dan pada masa yang sama menambah sumber pendapatan keluarga.

Alhamdulillah menjadi juga daging pekasam nih. Nak beli mahal sangat. Jadi kita wat sendiri. Sape yang suka boleh la try. Terima kasih saudara mara di Langkawi yang memberi resepi ni tempoh hari.

 

RESIPI DAGING PEKASAM HOMEMADE BOLEH BUAT SENDIRI DI RUMAH

 

BAHAN-BAHAN:

CARA-CARA:

1. Daging lembu dicuci bersih-bersih.

2. Gaulkan dengan garam dan sedikit gula.

3. Masukkan ke dalam balang bersama bberapa keping asam gelugur dan segenggam nasi.Perap semalaman.

4. Keesokannya masukkan air basuhan beras kali ke 2/3. Simpan dalam peti sejuk. Jika nak simpan di luar peti sejuk pun boleh. Rasanya akan menjadi lebih masam dan sedap.

5. Tunggu selama 3-4 hari barulah sedia digoreng.

6. Nikmati bersama nasi panas.

 

Kredit resipi & foto: Adinda Umie Sue

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN