Buat Sendiri Chicken Mayo Sandwich, Menu Ringkas Kegemaran Ramai

Share

Menu sandwic rata-rata menggemarinya. Inti di dalam roti terpulang kepada cita rasa masing-masing. Sandwich ni kalau nak ringkas boleh saja makan untuk makan malam mahupun sarapan. Mungkin ada yang mula bekerja dan takut nak dine in, bolehlah sediakan sarapan ringkas ini.


Chicken mayo sandwich
Bahan inti:
Roti
Halia
Bawang besar
Serbuk lada
Timun -potong dadu
Tomato-potong dadu
Cili padi-potong halus
5 sudu makan mayonis
Perahan lemon
I sudu kecil gula
Sedikit garam
1 ketul dada ayam

Cara membuat:
1.Rebus dada ayam bersama halia dan bawang besar.Letak sedikit garam.Bila dah masak,carik-carikkan isi dan potong bagi nampak halus sikit.
2.Masuk serbuk lada
3.Letakkan timun dan tomato.


4.Letakkan cili padi kalau nak sikit pedas
5.Letakkan sedikit garam dan mayonis.


6.Perah sedikit lemon dan gula


7.Gaul rata semua bahan tadi hingga sebati.

8.Ambil roti, letak inti atas roti. Buang bahagian tepi roti, kemudian potong tengah.
9.Balut dengan plastik wrap. Siap.
Kredit: Iedaa Jahaya

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN