Korang kalau tak tau nak bekalkan apa untuk dibawa oleh anak ke sekolah, korang jangaan risau malam ni, ambil sedikit masa utuk membuat Bebola Udang yang sungguh sedap. Apa lebih penting ia menjimatkan sebab kalau beli harga pun boleh tahan mahalnya. Silap-silap bukan hanya anak yang bawak bekal mak-mak pun sama berbekal.
BEBOLA UDANG
BAHAN-BAHAN: Bahan Kisar Kasar:
Ads
200gm udang kupas | buang kukit
1 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
BAHAN-BAHAN LAIN:
Ads
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh garam
Sedikit hirisan daun bawang dan bawang
1 sudu the minyak bijan
Minyak secukupnya untuk menggoreng.
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masukkan bahan kisar dalam pengisar dan kisar kasar.
2. Campurkan bahan kisar dengan bahan lain di dalam mangkuk.
3. Adun hingga berkilat dan tidak adunan tidak melekat pada mangkuk.
4. Panaskkan air dalam periuk.
5. Sementara menunggu air mendidih, bulat-bulatkan adunan hingga habus.
6. Apabila air mengelegak, masukkan bebola .
7. Apabila bebola sudah timbul angkat dan sejukan.
8. Akhir sekali panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bebola kuning keemasan.
9. Hidangkan bebola udang dengan pelbagai jenis sis .
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada YB Tuan Haji Mohamad Sabu kerana dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia. Sebelum ini, beliau lebih dikenali berkenaan hal-hal berkaitan politik, namun setelah memegang jawatan penting negara, banyak rupanya kisah-kisah menarik mengenai anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulang Pinang ni yang kita semua belum tahu.
Disebalik kesibukan beliau, rupanya ahli politik berusia 64 tahun ini sangat handal memasak. Melalui perkongsian beliau di laman sosial Facebook, dilihat beberapa gambar yang menunjukkan beliau sedang memasak gulai ikan untuk tetamu yang datang.
Lebih mengagumkan lagi, YB buat sambal belacan. Guna lesung batu je! Tak ada guna mesin atau takut terpercik bagai. Memang sempoi habis!
Kalau nak tahu, YB Mat Sabu ni bukan acah-acah pandai masak tau. Beliau memang ada kepakaran dan mempunyai ijazah dalam bidang Seni Kulinari. Terbaik! Moga ia boleh menjadi inspirasi buat para graduan kulinari untuk lebih berjaya di masa hadapan.
Orangnya memang cantik bergaya.Sentiasa berpenampilan menarik. Datin Eykah atau nama penuhnya Datin Nur Zulaikha Ellieyana Noah ini cukup ramah melayani tetamu dan rakan yang datang berkunjung.
Sebagai anak jati Terengganu lauk Kerutuk Itik kerap menjadi menu utama di meja hidangan.Ini lauk yang diwarisi dari ibu beliau
Bercerita mengenai lauk pauk Terengganu,ceritanya,”Nenek dan ibu memang pakar buat lauk kerutuk itik. Ia jadi menu padanan wajib di kenduri kendara yang dihidang bersama nasi dagang. Kari Ikan Tongkol juga ‘favorite’ saya dan keluarga. Untunglah saya dapat belajar dari mereka sebab lauk seperti Kerutuk Daging yang asli dan lazat memang sukar dicari. Sedari zaman persekolahan saya telah didedahkan dengan ilmu masakan. Sebagai cucu sulung dari anak sulung, pastilah saya amat rapat dengan nenek yang banyak berkongsi petua dan tip masakan“.
Suri hati kepada ahli perniagaan Datuk Mohammad J.K Noah ini mengakui, suami beliau lebih hebat memasak. Namun ini bukan alasan untuknya tidak memasak di rumah.
Bila kawan-kawan darn saudara mara datang berkunjung masa inilah beliau akan menyingsing lengan memasak untuk tetamu. Apa hebatnya resipi Kerutuk Itik dan Kari Ikan Tongkol sentuhan beliau, jom kita cuba.
KERUTUK ITIK BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
BAHAN REMPAH PENUMIS:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi. 2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa. 3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika. 4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk. 5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik. 6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak. 7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api. 8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.
KARI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, diikuti dengan bahan kisar. 2 .Kacau rata hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. 3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan gula kabung. 4. Setelah gula hancur, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya. 5. Seterusnya masukkan asam gelugor, ikan dan garam. 6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pecah minyak. 7. Jika suka, boleh tambah cili bulat. 8. Setelah cukup rasa, tutup api. 9. Kari ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kari lebih sedap jika disediakan awal sekurang-kurang tujuh jam sebelum sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Percaya atau tidak selain pakar dalam bisnes Datin Furyna pengasas produk kecantikan dan kesihatan Syarikat AuraWhite Global Sdn Bhd yang jelita dan kecil molek ini, juga pakar memasak, hinggakan suami dan ahli keluarganya serta sanak saudara dan rakan-rakan mengakui keenakan air tangan belia. Antara yang terbaik dan jadi sebutan adalah Ayam Masak Merah dan Sambal Paru. Kalau korang nak tau apa istimewanya Ayam Masak Merah Datin Furyna, boleh cuba resipi yang dikongsikannya ini.
.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
.
SAMBAL PARU
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!