Buat Sendiri Bebola Kentang Inti Isi Ayam Dengan Cara Paling Ringkas

Share

 Terfikir tak korang selain dijadikan bergedil, korang boleh juga jadikana kentang sebagai barbola dengan pelbagai inti seperti inti keju,  telur puyuh dan banyak lagi, ikut cita rasa korang.  Salah satu menu yang mudah adalah Bebola Kentang Inti Isi Ayam. Jangan tak sempat simpan untuk bekal sudahlah…

BEBOLA KENTANG INTI  ISI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji kentang  | buang kulit dan kukus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan hirisan bawang
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Sedikit garam
  • Minyak masak  secukupnya| untuk menggoreng
  • 1 cawan pop corn ayam
  • 1 cawan nestum

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1: Lenyekkan kentang hingga hancur.

2: Campurkan  daun bawang. lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.

3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.

4: Leperkan dan letakkan di dalamnya poplcorn ayam, kemudian bulatkan semula.

5:  Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.

6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.

 

IKLAN