Buat sendiri bawang goreng memang lagi sedap. Rasanya lain daripada yang kita beli. Bila tabur nasi goreng, soto, lauk dan sebagainya aroma dan rasa bawang garing ini terus membangkitkan selera.
Tapi nak dapat bawang goreng yang betul-betul rangup dan tahan lama kena ada tekniknya. Dengan cara yang betul, bawang goreng bukan saja rangup bila baru digoreng, malah boleh tahan lama tanpa jadi lemau. Kalau buat sendiri di rumah, lebih jimat berbanding beli siap dalam botol.
½ kg bawang (campur bawang merah rose & bawang biasa) – kupas & cuci
Tepung Bestari secukupnya
Tepung jagung (nisbah 2:1 dengan tepung Bestari, bawang berair tak perlu tambah air)
Minyak masak secukupnya
1. Kupas bawang, kemudian hiris nipis menggunakan pisau tajam atau penyagat untuk hasil yang sekata.
2. Gaulkan bawang yang telah dihiris bersama campuran tepung Bestari dan tepung jagung. Pastikan bawang bersalut rata.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng bawang yang telah digaul tepung tadi menggunakan api sederhana.
4. Sentiasa kacau supaya hirisan bawang tidak melekat antara satu sama lain.
5. Bila bawang bertukar warna keemasan, segera angkat dan toskan atas tisu dapur supaya lebihan minyak diserap.
6. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit Resipi & Foto: Kami Anak Malaysia
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA