Buat Sendiri Ayam Bakar Thai Dengan Sos Pedas Yang Menyengat

Share

Sedap betul makan ayam bakar kan. Resipi ayam bakar Thai dengan sos pedas Nam Jim Jaew ini memang sedap dan juicy sangat.

Resipi yang dikongsi Mikhail Edlyena ini, menggunakan bahan-bahan dan pencicah yang senang didapati. Memang wajib cuba dan pasti anak-anak suka.

 

AYAM BAKAR THAI

BAHAN PES PERAP AYAM:

*2 batang serai | hiris halus – beli online di sini
*Daun ketumbar | hiris halus
Dark sauce (saya guna kicap ABC)
2 sudu besar gula perang – beli online di sini
White pepper (kalau tak ada tak pe)

TONTON Laksa PeranakanProjek Air Tangan Emas Bersama MAGGI

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Tumbuk sehingga lumat bahan bertanda * di atas dan gaulkan bersama dark sauce dan gula perang (jangan campur air).
2. Sediakan 1 ekor ayam dan lumurkan bahan di atas tadi di seluruh bahagian ayam. Kemudian, perap 2 jam. Kalau nak sedap, peraplah semalaman.


3. Bungkus keseluruhan ayam dengan foil dan masukkan ke dalam ketuhar. Tujuan bungkus keseluruhan ayam tadi untuk ayam masak isi dalam dan juicy di dalamnya.
4. Masukkan ke dalam ketuhar selama 25 minit, dan selepas itu keluarkan ayam dah jadi half cook di dalamnya. Sapukan baki bahan perap di atas dan sedia untuk dibakar untuk kali ke-2.


5. Kali ni bakar tak perlu bungkus ayam tersebut dengan foil lagi, sebab nak ayam tersebut crispy di luar.
6. Bakar selama 40 minit. Agak-agak ayam dah masak dan crispy di luarnya, bolehlah keluarkan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN SOS PENCICAH (NAM JIM JAEW SPICY SAUCE):

½ cawan beras pulut – beli online di sini
Sos ikan – beli online di sini
½ cawan air asam jawa – beli online di sini
2 biji limau (diperah & diambil jusnya) – beli online di sini
1 sudu kecil serbuk cili – beli online di sini
2 sudu besar gula perang – beli online di sini
Bawang merah | potong dadu – beli online di sini

CARA-CARA:

1. Beras pulut tadi disangai dalam kuali sehingga warna keperangan. Kemudian, tumbuk sehingga lumat menjadi serbuk.
2. Asingkan beras yang sudah ditumbuk dalam mangkuk, campurkan sos ikan, air asam jawa, jus limau, serbuk cili dan gula perang.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Gaulkan kesemua bahan sos. Rasa sos perlu ada masam, pedas sedikit, dan manis sedikit.
4. Akhir sekali, potong bawang merah bentuk dadu dan campurkan dalam sos pencicah tadi.
5. Sos dah siap. Bolehlah keluarkan ayam yang dibakar tadi dan hidangkan bersama salad.

Kredit resipi: Mikhail Edlyena

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN