Buat Sendiri Aiskrim Vanilla Homemade Hanya Guna 4 Bahan

Share

Aiskrim Vanilla ni sangat mudah disediakan. Rasanya yang lembut, wangi dan bertekstur halus bila dimakan. Persis aiskrim yang dibeli di kedai. Adanya resipi ni, anda sendiri boleh hasilkan Aiskrim Vanilla yang sedap untuk anak-anak. Hanya guna 4 bahan yang sangat mudah dan murah. Semua orang boleh mencuba dan dijamin menjadi. Jom lihat resipi perkongsian saudari Cik Puan Lily. Bolehlah anda semua cuba nanti.

 

RESIPI AISKRIM VANILLA HOMEMADE YANG MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair beli online disini
2 sudu makan susu pekat @ ikut kemanisan yang disukai beli online disini
1 penutup esen vanilla beli online disini
2 sudu makan ovalette beli online disini

CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan dalam bekas.
2. Kisar @ pukul bahan-bahan tadi selama 5-10 minit sehingga kembang adunannya. Jika tiada mesin pengadun (mixer), boleh guna blender sahaja.


3. Tuang adunan tadi ke dalam bekas yang bersesuaian.


4. Tutup bekas dan bekukan aiskrim dalam peti sejuk beku.

NOTA:

  • Empunya resipi buat guna 2 tin susu cair. Dapat 2 bekas aiskrim. Jika nak buat lebih banyak, gandakan bahan-bahannya sahaja.
  • Resipi ini adalah asas untuk aiskrim vanilla. Jika suka atau ingin buat aiskrim berperisa lain, boleh masukkan apa sahaja perisa yang digemari seperti coklat, oreo, jagung dan bermacam-macam lagi.

Kredit resipi & foto: Cik Puan Lily

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN