Buat Sendiri Aiskrim Honeycomb Ala Bubblebee. Sedap & Lebih Jimat

Share

Manisan seperti Aiskrim Honeycomb sememangnya menjadi kegemaran ramai. Ditambah pula dengan inovasi dengan menambah pelbagai rasa dan perisa, menjadikan manisan yang dulunya biasa-biasa ini kini menjadi lebih menarik dan enak. Salah satu yang menjadi kegilaan masa kini adalah aiskrim dri francais selebriti terkenal. Panjang kena beratur untuk menikmati secawan aiskrim istimewa ini. Harganya pun boleh tahan. Malah tidak semua kawasan ada cawangannya. Bagi anda yang nak sangat cuba Aiskrim Honeycomb, boleh buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Li Yow

. Resipi mudah dan lebih menjimatkan. Selamat mencuba!

 

RESEPI AISKRIM HONEYCOMB HOMEMADE ALA BUBBLEBEE

BAHAN-BAHAN:
Honey bobabeli online disini
Honeycomb / madu lebah bersarang beli online disini
Emping jagung / Cornflakes secukupnya beli online disini
Aiskrim vanilla – jika guna aiskrim susu lagi sedap
Hirisan buah-buahan kegemaran – jika suka

CARA MEMASAK:
1.Rebus honey boba dalam periuk selama 15 minit. Boba ini boleh didapati di kedai atas talian. Ada pelbagai jenama.


2. Masukkan emping jagung, hirisan buah, aiskrim vanilla, madu dan honey boba yang telah direbus ke dalam gelas tinggi mengikut kreativiti masing-masing.


3. Aiskrim Honey Comb sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Li Yow

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN