Menu roti sering dihidangkan ketika sarapan. Kadang kala roti yang dibeli jika dalam kuantiti yang besar sukar nak habiskan, silap hari tamat tempoh. Jadi kalau tak nak membazir, jom buat roti berhantu ni. Sekali makan gerenti susah nak berhenti. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kurang. Memang senang nak buat sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu.
Roti Telur Berhantu
Bahan-bahan:
6 keping roti
Susu pekat manis
2 biji telur
Cara membuat:
Ads
1.Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat.
2.Kacaulah bagi ia sebati
3.Celup roti.
4.Bahagi dua belah dan celup.
Ads
5.Gorenglah tanpa minyak atau kurang sebab kalau minyak banyak ia meresap.
Fresh baked bread ni memang best. Lembut, gebu memang layan. Nak-nak kalau makan panas-panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Eiyjarn Aziean AnGah.
ROTI BAKAR BERINTI BUTTERMILK
BAHAN A:
BAHAN B:
BAHAN INTI BUTTERMILK:
* Pukul gula dan mentega sampai kembang. Masukan kuning telur, putar lagi. Masukan susu pekat dan susu tepung. Putar sebati. Kemudian masukan tepung. Putar lagi. Siap.
CARA MEMBUAT:
1. Tuang bahan A ke dalam bahan B sedikit semi sedikit . Gaul rata sehingga menjadi doh.
2.Uli doh sampai licin dan elastik. Rehatkan doh selama 40 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
3.Tumbuk doh yang dah kembang tadi untuk keluarkan angin. Timbang doh 30 gram setiap satu.
4.Isikan inti buttermilk ke dalam doh dan bulatkan. Susun di dalam tray,pastikan ada jarak diantara doh. Rehatkan lagi selama 30-40 minit sehingga doh kembang.
5.Bakar doh selama 20 minit menggunakan suhu 170C . Harus diingat, lain ketuhar lain suhunya. Anda perlu perhatikan agar roti anda tidak hangit.
6.Setelah roti masak, sapu mentega di atas permukaan roti yang masih panas supaya nampak licin dan berkilat.
7.Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Kata chef:
Bread improver dan bun softener boleh dibeli di kedai-kedai menjual bahan bakeri.
Roti telur menu simple dan mudah nak sediakan untuk keluarga. Tambah pula bila ada roti yang tak habis dan hampir expired. Sesuai sangat nak buat roti telur untuk sarapan atau pun minum petang. Boleh cuba 5 resipi roti telur yang RASA kongsikan ini, selepas ni tiada lagi masalah roti terbuang kan?
Bahan-bahan:
4 biji telur
2 sudu besar planta
Serbuk lada putih
Lada hitam kasar
Mushroom seasoning
1 sudu kecil mayonis
Roti keping
Keju
Cara memasak:
1.Rebus telur dalam 4 biji.
2.Kupas kulit telur tu, masuk dalam mangkuk, lenyekkan dengan garfu.
3.Masuk planta, serbuk lada putih, lada hitam kasar (black pepper coarse), mushroom seasoning, mayonaise, Gaul semua sebati.
4.Letak pada roti, letak keju sekeping, sapu planta luar roti, grill atas kuali tidak melekat. Jangan letak minyak apa-apa, pusingkan sampai roti tu garing.
5.Angkat, potong tepi roti dan belah tengah, guna pisau yang tajam.
BAHAN-BAHAN 1 tin kecil sardin
4 biji telur
Garam
3 tangkai cili padi (dicencang)
Lada sulah
½ biji bawang holland (dicencang)
Sedikit daun sup dan daun bawang (dicencang)
Roti keping
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT 1. Lenyek ikan sardin dan sedikit sosnya.
2. Gaul ikan sardin tadi dengan telur, garam, cili padi, lada sulah, bawang holland, daun sup dan daun bawang sampai sebati.
3. Celup roti dalam adunan sardin.
4. Goreng dalam minyak masak panas seperti menggoreng roti telur biasa tu. Siap.
Kalau anda sedang cari menu mudah yang tak ambil masa lama untuk disediakan, Roti Telur Tuna ini memang pilihan terbaik. Bahannya ringkas, cara memasaknya cepat dan rasanya pula memang memuaskan. Sesuai dijadikan sarapan, bekal ke sekolah atau makan petang bersama keluarga.
Hanya guna roti putih, telur dan tuna dalam tin, anda dah boleh hasilkan hidangan yang mengenyangkan. Tambahan bawang merah, cili padi dan daun bawang pula buatkan rasa roti ini lebih wangi, sedikit pedas dan cukup lengkap.
Kelebihan resipi ini ialah ia tidak memerlukan banyak langkah. Adunan telur tuna hanya perlu digaul sebati, kemudian roti dicelup dan digoreng. Siap dalam beberapa minit sahaja.
Tekstur roti juga sedap, bahagian luar keemasan dan sedikit rangup, manakala bahagian dalam lembut kerana menyerap adunan telur. Tuna pula memberi rasa yang lebih ‘berisi’ dan mengenyangkan.
Kalau ada anak yang tak makan pedas, boleh kurangkan atau keluarkan terus cili padi. Nak lebih creamy, boleh tambah sedikit keju parut dalam adunan. Resipi ini sangat fleksibel ikut selera masing-masing.
Selain untuk sarapan, Roti Telur Tuna juga sesuai dijadikan bekal sekolah atau makan di pejabat. Ia mudah dibungkus, tidak bersepah dan mengenyangkan. Kalau goreng awal pagi pun, teksturnya masih sedap dan tidak cepat lembik.
Bagi yang bekerja atau selalu tak sempat memasak, menu ini antara pilihan ringkas yang boleh dibuat bila-bila masa. Resipi ini juga sesuai untuk mereka yang perlukan hidangan ringkas tetapi tetap mengenyangkan tanpa banyak persiapan.
Untuk menambah rasa, anda boleh gunakan roti gardenia wholemeal atau roti tebal supaya teksturnya lebih gebu selepas digoreng. Jika suka rasa yang lebih kaya, sedikit lada sulah atau serbuk paprika boleh ditambah ke dalam adunan. Ada juga yang suka meletakkan hirisan keju di antara dua roti sebelum dicelup supaya setiap gigitan lebih creamy dan memuaskan.
Bagi yang ingin jadikan Roti Telur Tuna sebagai kudapan petang, boleh hidangkan bersama sos cili, mayones atau sos thousand island. Kombinasi ini menjadikan rasanya lebih lengkap dan sesuai untuk anak-anak. Hidangan ini sangat sesuai untuk keluarga yang suka makanan ringkas tetapi tetap sedap.
Resipi ini bukan saja mudah, malah sangat ‘berbaloi’ untuk dibuat pada hari anda perlukan sesuatu yang cepat dan mengenyangkan. Cuba sekali, memang akan jadi menu ulang banyak kali! Bila anda dah biasa dengan cara penyediaannya, anda boleh olah ikut kreativiti sendiri tanpa menjejaskan rasa asal yang sedap dan ringkas ini.
Kenapa manusia cenderung makan menu sama berulang kali? Ketahui jawapan saintifik, psikologi dan biologi yang menerangkan bagaimana otak, emosi dan rutin mempengaruhi pilihan makanan kita.