Buat Roti Macam Di Kafe Hipster, Memang Terbaik

Share

Rindu nak makan roti macam dekat kafe mahal tu, jom kita tiru caranya dengan resipi yang dikongsi oleh Chef Ritz. Resipi ni mudah, tak perlu nak renyah-renyah kata orang utara.

Roti jenis ni dah jadi satu trend. Kebanyakan kafe hipster gemar gunakan roti ni untuk dijadikan sandwic. Boleh juga dicicah dengan mushroom soup atau pun rendang daging. Memang terbaik.

BAHAN-BAHAN

250g tepung T65. (brand Farine De Mon Pere)

25g tepung wholemeal

25g tepung Rye

8g garam

3g yis kering-BELI ONLINE DI SINI

220g air suam

10g madu-BELI ONLINE DI SINI

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga doh terbentuk (doh masih lembik masa ni)
  2. Tutup bekas dengan plastik atau kain dan simpan di dalam peti sejuk.

3.Setiap 30 minit, lakukan ‘stretch n fold’. (saya buat sebanyak dua kali)

4Bentukkan doh (saya buat bentuk oval) dan pindahkan ke dalam basket

5.Rehatkan doh (final fermentation) lebih kurang 4 jam

6.Scoring doh dan pindahkan ke dalam bekas (saya gunakan pyrex) yang sudah dipanaskan terlebih dahulu di dalam oven, 230 darjah selsius.

7.Bakar dalam oven selama 20 minit (dengan penutup) dan lagi 20 minit tanpa penutup) pada suhu 230 darjah selsius

8.Selepas bakar pindahkan ke atas jaring.

OK… kalau makan saja macam tak best pulak kan? Chef Ritz bagi idea. Letak cheddar cheese, salad, tuna spread, dan susun telur rebus atas roti. Pipekan sedikit lite mayo dan taburkan sikit lada hitam untuk perasa.

Selamat mencuba.

Kredit: ritzthebaker.com

IKLAN