“Macam-macam jenis resipi roti homemade yang sudah saya cuba. Malangnya, setiap kali membuatnya ada saja masalah yang berlaku. Ada kalanya roti terlalu keras atau tidak masak sepenuhnya. Pernah juga roti menjadi keras dan berlubang pada bahagian tengah doh. Apa punca sebenar yang menyebabkan masalah ini?“.
Bagi anda yang suka buat rotihomemade, masalah-masalah ini pastinya pernah dialami. Ada kalanya, resipi dan cara dah ikut betul-betul dah. Tetapi masih tak menjadi. Oleh itu RASA ingin berkongsi 15 faktor yang mungkin menyebabkan roti yang anda buat tidak seperti yang diinginkan. Nanti lepas ni bolehlah elakkan dari melakukan kesilapan yang sama. Semoga panduan yang sedikit ini boleh membantu anda.
15 PUNCA ROTI HOMEMADE TIDAK MENJADI
1. DOH TAK KEMBANG
Apabila anda menggunakan yis yang sudah ‘mati’, ia boleh membantutkan proses pengembangan doh. Jika anda menggunakan air yang terlalu sejuk juga akan menyebabkan yis menjadi tidak aktif manakala air panas pula akan mematikan yis. Oleh itu pastikan anda menggunakan yis yang baru dan menggunakan air suhu yang bersesuaian.
2. ROTI ‘PUCAT’
Suhu ketika membakar roti perlu tepat. Jika terlalu rendah atau doh yang diletakkan dalam acuan terlalu rapat akan membuatkan pengagihan haba yang tidak rata seterusnya menjadikan ada bahagian roti yang tidak terkena haba.
3. ROTI MEREKAH
Ads
Disebabkan oleh suhu ketuhar yang terlalu tinggi dan proses pengembangan yang tidak cukup lama. Ia akan menyebabkan doh merekah kerana bentuknya yang tidak sempurna.
4. ROTI ‘KECUT’
Masalah ini sering berlalu jika doh terlalu kembang atau terlalu nipis.
5. ROTI MENJADI BENYEK
Penggunaan tepung yang berlebihan atau tempat pengembangan doh terlalu panas. Selain itu, pembentukan doh yang tidak sempurna atau suhu ketuhar yang terlalu sejuk.
6. BAHAGIAN ATAS ROTI MEREKAH
Doh terlalu keras kerana kekurangan air ketika proses mengadun/menguli. Roti dikeluarkan dari ketuhar sebaik sahaja masak dan diletakkan di tempat sejuk. Peralihan suhu akan menghasilkan wap.
Ads
7. BAHAGIAN BAWAH ROTI TIDAK MASAK
Roti yang dikeluarkan dari acuan pembakar tidak disejukkan di atas redai dengan baik.
8. KERAK ROTI TEBAL
Suhu ketuhar yang tinggi atau penggunaan dusting flour yang terlalu banyak.
9. ROTI ‘BERAT’ & PADAT
Penggunaan tepung yang berlebihan atau doh tidak melalui pengembangan yang sempurna. Selain itu, penggunaan sesetengah jenis tepung gandum penuh atau rai mempunyai tekstur yang padat boleh menjadikan roti ‘berat’.
10. ROTI LEMBAP & KASAR
Ads
Doh melalui proses pengembangan yang tidak sempurna.
11. ROTI NAMPAK ‘BERTALI’ GELAP
Proses menguli tidak sempurna atau acuan pembakar digris secara berlebihan. Doh yang dikembangkan terlalu kering juga boleh menjadi punca masalah ini.
12. ROTI KERING & KASAR
Tepung terlalu banyak dalam doh dan tidak diuli secukupnya. Suhu terlalu panas ketika roti dibakar juga akan menyebabkan roti menjadi kering dan mempunyai tekstur yang kasar.
13. ROTI ADA ‘LUBANG’
Ketika doh dibentuk, udara di dalamnya tidak dibuang atau doh dikembangkan terlalu lama.
14. ROTI BERBAU & ADA RASA YIS
Doh roti melalui proses pengembangan yang terlalu lama serta dikembangkan di tempat yang terlalu panas.
15. ROTI MASAM
Doh dibiarkan untuk kembang terlalu lama sebelum dibakar dan diletakkan di tempat panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa yang tak sukakan donat gebu dan lembut kan? Paling penting, biarpun sudah lama dibuat ia tetap lembut. Kebanyakan donat memang sedap, tapi bila dah sejuk rasanya dah jadi ‘kureng’. Lepas tu liat pula. Macam mana nak buat donat agar sentiasa gebu walaupun dah lama? Kalau dimakan waktu panas pun sedap, waktu sejuk pun masih best. Resipi RASA ni paling mudah dan tidak mengelirukan. Tak perlu banyak ramuan. Cukup-cukup saja untuk menghasilkan sehingga 20-25 ketul donat gebu-gebu manja!
DONAT GEBU
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar menetga
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
1 paket yis
1 biji telur
CARA MEMBUAT:
Cairkan mentega dan ketepikan. Kemudian larutkan gula dan susu di dalam air suam. Masukkan yis dan sebatikan. Biar selama 10 minit.
Pukul telur dan campurkan bersama mentega cair. Yis akan berbuih-buih pada waktu ini, Campurkan bersama mentega.
Kemudian masukkan kesemuanya ke dalam tepung gandum dan gaul menggunakan senduk kayu. Rehatkan adunan selama 45 minit.
Ambil adunan dan bentuk menggunakan acuan.
Kemudian dalam minyak penuh dengan api sederhana. Balik-balikkan sehingga bertukar warna keemasan. Bolehlah diangkat.
TIP BUAT DONUT GEBU
*Pastikan acuan anda diletakkan sedikit tepung bagi mengelakkan adunan melekat padanya.
*Tip mudah untuk menyalut donat dengan gula adalah dengan meletakkannya ke dalam zip lock bag. Kemudian digoncang agar gula rata pada donat.
Bidang kulinari bukan sekadar jadi Chef aje ya adik-adik. Tapi lebih dari itu , nak jadi usahawan berjaya pun lebih dari boleh. Ni min kongsikan maklumat mengenai kolej dan Universiti Antarabangsa Inti.
Ia menawarkan menawarkan program Diploma Seni Kulinari di kampusnya di INTI International College Subang, Selangor dan juga di INTI International College Penang, di Bayan Lepas, Pulang Pinang. Kini ia terbuka untuk kemasukan Januari, April, Ogos 2019.
Program di sini menawarkan fokus yang seimbang dalam skil keusahawan dan praktikal di bidang kulinari dan operasi khidmat makanan. Ia selaras dengan kehendak piawaian industri semasa yang diamalkan dalam industri hospitaliti.
Dengan penekanan fokus terhadap pengalaman dan latihan praktikal, Inti juga menjalin hubungan dengan organisasi pelancongan, penerbangan, katering dan hospitaliti yang kukuh, pelajar berpeluang juga menerima pendedahan sebenar sejak belajar dalam tahun pertama lagi. Ini menjadi persediaan kepada pelajar untuk menghadapi industri makanan dan kulinari yang makin pesat.
INTI juga menjalin kerjasama dengan pelbagai rakan industri termasuk Delicious Group Sdn.Bhd., Monin Asia KL Sdn. Bhd. dan Hilton Malaysia. Ini membentuk asas melahirkan graduan yang cekap dan berpeluang cerah memenuhi kehendak pekerjaan dalam industri kerana pendedahan membangun skil , pengalaman dan kecekapan yang dapat dialami di industri hospitaliti ini.
Pelajar juga berpeluang menyertai pertandingan seperti Battle of the Chefs dan juga bengkel ekslusif seperti Bengkel Masterchef Australia yang berlangsung di Malaysia.
Melalui kolaborasi seperti di atas graduan dari INTI 2017 mencatatkan 99 peratus daripada graduannya berjaya mendapatkan pekerjaan dalam jangka enam bulan selepas tamat pengajian.
Progam Diploma in Culinary Arts adalah program dua tahun termasuk tempoh latihan praktikal.
Selepas tamat pengajian Diploma in Culinary Arts Programme, graduan juga boleh memilih untuk meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perniagaan INTI (Pengurusan Hotel dan Resort Antarabangsa) iaitu program yang ditawarkan melalui kolaborasi dengan Blue Mountains International Hotel Management School, di University Torrens, Australia.
Nak maklumat lanjut layari www.newinti.edu.my
Lokasi :
i.INTI International College Subang 3, Jalan SS 15/8, Ss 15, Subang Jaya, Selangor. ii.INTI International College Penang,Z-1, Lebuh Bukit Jambul, Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah kira-kira 9000 tahun yang lalu. Berkemungkinan ia juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu.
Pokok barli
Bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Ia kaya dengan fiber, vitamin, berprotein tinggi dan mempunyai beberapa mineral penting yang lain.
Barli belum proses
Jika demam atau suhu badan tinggi, jus barli dikatakan boleh menyejukkan badan. Malah ia juga mengandungi banyak khasiat yang bagus untuk tubuh. Antaranya 11 kali kalsium, 5 kali zat besi, 7 kali vitamin C dan 80 mg vitamin B12 daripada 100gm barli. Wow…Bagusnya!
Barli juga boleh membantu menurunkan berat badan. Ia mengandungi serat yang memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Pada masa yang sama, Barli membantu merendahkan kolesterol dalam darah, membantu usus berfungsi dengan sihat sekali gus mengatasi masalah sembelit.
Barli siap proses
Pengambilan bijirin ini juga dikatakan mampu mengurangkan risiko penyakit berbahaya. Ini kerana ia mengandungi tokol yang tinggi, iaitu minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida ini membantu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit barah serta jantung.
Banyak kan khasiat bijirin kecil ni? Jadi amalkanlah pengambilan Barli dalam diet harian anda. Selain dibuat minuman, Barli juga boleh dimasak. Jom cuba resipi di bawah ini. Anda pasti sukakan rasanya.
SUP BEBOLA DAGING BARLI TIMUN
BAHAN-BAHAN:
2-3 batang timun jeruk
150gm barli
200gm daging lembu cincang
1biji telur
1-2 sudu teh pes bawang putih
3 biji bawang merah | hiris nipis
2-3 biji ubi kentang | potong dadu
2.5 liter air rebusan / stok daging
Sedikit daun dill
Minyak masak secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuh barli dan rendam semalam. Ketepikan.
Masukkan air rebusan/ stok daging di dalam periuk dan apabila menggelegak, masukkan barli. Masak lebih kurang 20 minit. Ketepikan.
Untuk menyediakan bebola daging; satukan daging cincang, telur, pes bawang putih dan sedikit garam. Gaul sekata dan bentukkan menjadi bebola daging. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah hingga terbit wangi dan tuang ke dalam air rebusan/stok tadi. Gaul sekata.
Masukkan ubi kentang dan bebola daging dan masak lagi kira-kira 15 minit atau sehingga bebola daging dan ubi kentang masak sepenuhnya.
Akhir sekali, masukkan hirisan timun jeruk, daun dill dan masak beberapa minit lagi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul sekata.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!