Buat Rempeyek Dengan Hanya Menggunakan Kulit Popia. Memang Mudah!

Share

Jika teringin nak makan rempeyek yang rangup, buat sahaja sendiri di rumah menggunakan kulit popia. Mudah sahaja sebenarnya cara membuatnya, tidaklah sesukar yang disangka. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Shal Anne Ahemed ini.

RESIPI REMPEYEK MODEN

 

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia (tidak kisah jenama apa pun)
  • Kacang tanah (disangai dahulu)
  • Ikan bilis
  • Sedikit tepung gandum dan air (bancuh)
  • Jintan manis dan jintan putih (dikisar bersama)

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Potong kulit popia kepada 4 bahagian.

2. Letakkan sedikit bancuhan tepung dan air pada kulit popia yang sudah dipotong tadi.

 

3. Kemudian, taburkan kacang, ikan bilis dan juga jintan yang telah dikisar.

 

4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.

 

5. Siap!

Jika anda sedang mencari BLENDER baru yang berkualiti dan murah, boleh cari DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: SHAL ANNE AHEMED

 

Artikel menarik untuk anda:

 

Anda juga boleh cuba resipi ini:

IKLAN