Buat Popcorn Caramel Sendiri Di Rumah, Memang Menjadi!

Share

Mudah je sebenarnya nak buat Popcorn Caramel ni! Kalau tahu dari dulu buat je sendiri di rumah boleh buat pelbagai perisa. Bila buat sendiri di rumah Popcorn Caramel ni mestilah boleh buat banyak dan simpan dalam balang boleh jadi stok snek bila tonton movie. Paling penting sekali kena carijagung kering dulu di kedai berdekatan barulah menjadi Popcoren Caramel ni.

Nak buat Popcorn Caramel ni kena guna keluasan kuali yang lebar barulah cantik Popcorn Caramel tu merekah. Boleh dapatkan Shogun Twister 40cm Jumbo Wok

dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI!

 

POPCORN CARAMEL

Buat Popcorn Caramel Sendiri Di Rumah, Memang Menjadi!

 

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

Bertih jagung mentah

2 sudu besar mentega – BELI DISINI

1 sudu besar minyak masak – BELI DISINI

BAHAN B:

1 cawan gula perang – BELI DISINI

2 sudu besar mentega

Sedikit air

CARA PENYEDIAAN BAHAN A:

Sediakan periuk yang mempunyai penutup dan panaskan mentega dan minyak masak.

Kemudian, tuangkan bertih jagung dan kacau rata. Pastikan seluruh bertih jagung disaluti mentega dan minyak yang sudah cair.

Tutup penutup periuk dan tunggu popcorn meletup.

Pastikan bila popcorn dah mula meletup, perlahankan api. Jangan buka penutup sampai habis bunyi letup-letup itu.

Sambil itu, goyangkan periuk supaya kesemua bertih jagung menjadi popcorn.

Tutup api dan tuangkan atas talam.

CARA PENYEDIAAN BAHAN B:

Cairkan gula perang.

Bila dah cair macam gula hangus, tambahkan mentega dan sedikit air. Jangan terlalu banyak, nanti terlalu cair.

Didihkan hingga pekat.

Tutup api dan tuangkan karamel ke atas popcorn tadi dan gaul rata.

Ratakan popcorn dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit dalam oven. Guna api atas bawah.

Selang beberapa minit, keluarkan dulang dan ratakan supaya popcorn tak melekat antara satu sama lain.

Bila dah nampak warna popcorn cantik dan gula dah tak cair, keluarkan dan sejukkan.

Sedia untuk dinikmati.

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Adamsufi Nazri

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

IKLAN