Buat Nugget Pisang Berkeju Super Sedap, Menu Jimat Kos & Masa.

Share

Pernah makan Nugget Pisang Berkeju? Mesti ramai yang belum rasakan, dan ramai yang rasa macam pelik. Tapi kalau korang nak tau, nugget pisang ni sedap yang amat dan sangat mudah dibuat. Kalau rajin boleh buat lebih dan frozenkan.
NUGGET PISANG BERKEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji pisang berangan
  • 100gm tepung gandum – beli online DI SINI
  • 2 sudu makan gula perang – beli online DI SINI
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan susu pekat manis – beli online DI SINI
  • 150gm keju parut
  • Secubit garam
  • Sedikit air

BAHAN LAPISAN NUGGET:

  • 3 sudu makan tepungi jagung
  • 3sudu makan tepung gandum

CARA MEMASAK:
1. Lenyekkan pisang hingga lumat. Ketepikan
2. Dalam mangkuk adunan campurkan telur, susu pekat manis, gula dan secubit garam.
3. Kacau rata, kemudian tambahkan esen vanilla, kacau lagi.


4. Masukkan pisang yang telah dilenyek, kacau.
5. Tambahkan keju dan kacau rata.
6. Diikuti tepung sedikit demi sedikit hingga mendapat tekstur yang diingini.

7. Masukkan dalam loyang, kemudian kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan.
8. Kukus lebih kurang 20 minit, kemudian tutup api dan sejukkan.
9. Setelah sejuk potong seperti bentuk nugget.
10. Bancuh tepung jagung sedikit cair.
11. Panaskan minyak dalam kuali.
12. Celupkan nugget dalam bancuh tepung jagung tadi kemudian gaulkan dalam bekas serbuk roti.

 

NAK BELI AIR FRYER, JOM BELI ONLINE DISINI :

ANDA MESTI SUKA RESIPI INI :

https://www.youtube.com/watch?v=3uCBj8-Rggk

DAN JUGA RESIPI INI :

IKLAN