Buat Mayones Dengan 5 Bahan Yang Confirm Ada Di Dapur Anda. Mudah!

Share

Bestnya buat mayones homemade ni sebab rasanya sama macam beli di pasaraya. Bila dah pandai buat sendiri ni, bolehlah pelbagaikan cara hidangan. Anda pun pasti seronok nak mencubanya. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

MAYONES HOMEMADE

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur saiz sederhana
  • 1 1/2 sudu besar gula beli online DISINI
  • 2 sudu besar cuka makan (bole tukar dengan jus lemon) – beli online DISINI
  • 1 sudu kecil garam – beli online DISINI
  • 1 cawan minyak masak – nak guna minyak zaitun pon boleh

 

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan semua bahan dan kisar hingga menjadi putih.
  2. Panaskan kuali menggunakan api paling kecil dan masukkan bahan kisar tadi.
  3. Masak seketika dan gaul sentiasa hingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan api perlahan supaya mayones tidak hangit.
  4. Padamkan api dan masukkan kembali bahan tadi ke dalam pengisar.
  5. Kisar sekali lagi hingga adunan menjadi benar-benar halus.
  6. Boleh masukkan mayones ke dalam bekas bersesuaian dan simpan dalam peti sejuk.

 

Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Assalammualaikum Hai Saya Reen

 

Anda mencari RICE COOKER? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN