Buat Lempeng Guna Baki Nasi Sejuk, Elok Je Jadi Lembut & Gebu

Share

Kebiasaannya, bila buat lempeng mesti kita akan gunakan tepung gandum kan.

Namun untuk resipi yang dikongsi Umi Watie ini, langsung tidak menggunakan tepung gandum dan sesuai untuk mereka yang tak boleh makan gandum.

Hanya menggunakan baki nasi sejuk, terhasillah lempeng lembut dan gebu je.

 

RESIPI LEMPENG GEBU & LEMBUT

BAHAN-BAHAN:

2 cawan nasi sejuk
5 sudu besar tepung beras | diayak – beli online di sini


1 sudu besar madu asli – beli online di sini
2 biji telur saiz A
¼ cawan air
Sedikit garam – beli online di sini

Dapatkan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar sampai bahan jadi halus.


2. Panaskan kuali. Saya gunakan kuali anti lekat. Sapukan sedikit minyak, tuangkan sesenduk adunan atas kuali. Saya buat saiz kecil-kecil comel saja.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masak kedua bahagian hingga masak. Masak garing sikit baru best. Jangan risau, takkan kerasnya lempeng ni. Lagi garing lagi syok.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Dah siap. Saya bancuh 2 adunan. Lempeng ni sedap, wangi dan gebu. Makan kosong pun sedap. Macam sarapan di hotel pula dah rasanya. Selamat mencuba!

*lempeng boleh dimakan dengan mentega, madu dan buahan segar. Boleh juga dengan nutella dan biscoff spread.

Kredit resipi: Umi Watie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN