Buat Lasagna Mudah Guna Roti, Rasa Memang Sedap

Share

Menu sarapan hari ni kita buat lasagna menggunakan roti. Mudah dan sangat sedap.Ikut langkah berikut pasti menjadi lasagna anda. Makan dengan kopi panas juga istimewa. Bolehlah cuba buat nanti.

Lasagna:

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Susu
  • Telur
  • Butter
  • Keju
  • Sos Preggo
  • Daging
  • Cendawan

Cara membuat:

1.Mula-mula buat bancuhan susu dan telur.

2.Buat kuah spageti mengikut selera masing-masing.

3.Lengserkan loyang dengan butter.

4.Celup roti dalam bancuhan susu dan telur kemudian lapiskan dalam loyang.

5.Letak kuah spagheti.

6.Letak kepingan keju.

7.Ulang langkah 1-3 sampai 3 lapis.

8.Taburkan parutan keju.

9.Tuang lebihan susu dan telur kalau ada.

Buat Lasagna Mudah Guna Roti, Rasa Memang Sedap

10.Bakar lebih kurang 30 minit pada suhu 170c, atau mengikut oven masing-masing.

11.Siap untuk dihidang.

Kredit: Sha Farina

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN