Kalau sebut tentang sayur peria tidak ramai yang menggemarinya kerana rasanya pahit. Namun ia mempunyai banyak khasiat. Ada cara untuk memasaknya agar rasanya tidak terlalu pahit. Peria juga boleh dijadikan kerepek dan sedap digoreng garing.Makan nasi panas dengan peria goreng ni memang layan.Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsi oleh Zizah Mizie.
Peria Garing
Bahan-bahan: Peria Tepung bestari pedas Tepung beras Garam Minyak masak
Cara membuat:
1. Belah peria kepada dua bahagian. Buang bijinya.
2. Hiris nipis dan rendam dalam air garam selama 10 hingga 15 minit.
Ads
3. Tos dan basuh beberapa kali.
4. Perahkan peria dan letak dalam mangkuk. Gaulkan dengan tepung bestari dan tepung beras.
5. Peria yang sudah digaul sempurna dengan tepung.
6. Sedia untuk digoreng dalam minyak panas. 7. Peria siap digoreng.
Menu minum petang atau sesuai juga untuk sajian pagi. Walaupun ianya nampak mudah, resipi kali ini ada istimewanya. Perkongsian dan olahan resipi ini di ambil dari resipi baba dan nyonya dan terhasillah hidangan yang enak ini. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN:
200g (1 1/3 cawan) tepung serbaguna
2 sdt serbuk penaik (baking powder)
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
1 gelas (230 ml) air
4 sdb udang geragau kering
Sebiji bawang besar (hiris halus)
Setangkai cili merah (buang biji & hiris)
Setangkai cili hijau (buang biji & hiris)
1/2 batang lobak merah (sagat halus)
3 tangkai daun ketumbar/ daun bawang/ daun kucai (hiris halus)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas & tuskan.
Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk & masukkan air sedikit demi sedikit.
Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat & tidak juga terlalu cair.
Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar & goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekali-sekala ketika menggoreng hingga berwarna keemasan & masak. Angkat & tuskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.
Nota:
– Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau kering boleh didapati di pasaraya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang.
– Anda juga boleh tambahkan tauge atau jagung ke dalam adunan cucur.
Siapa sangka, hanya menggunakan nasi sejuk, boleh hasilkan keropok enak. Mudah disediakan & tidak membazir. Lepas ni, jika ada lebihan nasi putih, bolehlah hasilkan keropok ni. Sesuai dijadikan kudapan dan snek ringan buat anak-anak.
BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi suam
1 cawan tepung ubi kayu
3 ulas bawang putih
2 sudu teh garam
Pewarna merah, hijau dan kuning
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih bersama garam hingga lumat.
2. Masukkan nasi. Tumbuk lagi hingga nasi hancur. Masukkan nasi yang ditumbuk tadi ke dalam bekas.
3. Uli campuran nasi dengan tepung ubi. Uli rata.
4. Ambil adunan nasi sebanyak 2 sudu makan, letak di atas plastik dan uli memanjang. Ulang langkah sehingga adunan habis.
5. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh nasi tadi. Masak sehingga doh terapung. Angkat, toskan air dan biar doh menjadi kering.
6. Sapu pewarna pada doh tadi hingga rata. Tidak perlu menambah air pada pewarna. Biarkan kering sekali lagi.
7. Ambil doh dan hiris nipis. Susun kepingan keropok di atas tampi. Jemur di bawah matahari sehingga kering. Jangka masa anggaran 1-2 hari bergantung kepada cuaca.
8. Setelah kepingan keropok kering, bolehlah digoreng dan dinikmati.
Tonton video penghasilan Keropok Nasi Bawang Putih:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bebola ayam homemade ni memang mudah nak dihasilkan. Hanya dengan menggunakan beberapa bahan ringkas dan mudah, anda boleh hasilkan hidangan sihat dan berkhasiat buat keluarga.
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam ( anggaran 400gm)
Garam secukup rasa
2 sudu teh lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
PENAMBAHAN JIKA SUKA:
Lobak merah | disagat
Daun sup @ daun ketumbar | dihiris
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ayam, garam, lada sulah dan teung jagung ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Keluarkan bahan kisar dan letak dalam mangkuk. Jika suka, boleh tambah bahan-bahan lain seperti lobak merah dan daun sup@ ketumbar. Boleh juga digantikan dengan daun bawang dan apa-apa sayuran kegemaran.
3. Ambil doh dan bulat-bulatkan.
4. Didihkan air dan rebus bebola hingga terapung.
5. Angkat dan toskan airnya. Boleh digoreng atau dinikmati mengikut citarasa anda.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!