Buat Kek Red Velvet Super Sedap. Ikut Step By Step Pasti Jadi

Share

Orang kata buat kek ni kalau tak betul betul master, baik tak usah buat. Tapi tak salah mencubakan, dari selamanya dok membeli saja. Malas sembang panjang jom kita start. Sabar dan ikut step by step yang dikongsi gerenti berhasil nanti.

Bahan-bahan:
240g susu cair
1 sudu besar pewarna merah-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka

120g buttercup
150g gula kastor
2 biji telur gred A atau B
250g tepung superfine
2 sudu besar serbuk koko-BELI ONLINE DI SINI


1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cuka

Cara membuat:


1.Mula-mula kita buat ni dulu buttermilk menggunakan susu cair,pewarna merah, esen vanilla dan cuka. Ini bukan sirap bandung ya.Inilah kejadian buttermilk kita. Biarkan selama 10min. Kena peram sekejap.


2. Kita mulakan dengan Buttercup dan gula kastor, putar guna mixer.


3. Putar sampai dia jadi pucat dan kembang begini.


4. Pecahkan telur satu persatu.


5. Putar telur tadi.


6. Pecahkan lagi sebiji dan putar.


7. Masukkan adunan tepung tadi. Masukkan separuh je tau. Jangan letak semua. Kena selang selikan adunan tepung dan cecair. Tapi kebanyakan resipi kek memang macam tu. Saya hanya menurut perintah.


8. Putar hingga sebati.


9. Masukkan buttermilk tadi


10. Masukkan baki tepung tadi. Putar lagiSaya ni tak rajin nak guna banyak bekas, jadi saya letak soda bikarbonat dan cuka dalam bekas cawan buttermilk je.

Tuang dalam adunan tadi.


11. Gaul rata.


12. Saya masukkan dalam 2 loyang saiz 7 inci. Nak guna loyang 9 inci pun boleh. Bakar selama 30 minit suhu 170 api atas bawah. Jangan bakar terlalu lama. Nanti kek kering. Asal cucuk kat tengah dia dah tak melekat pada lidi bolehlah keluarkan dari oven.


13. Kek dah siap. Elok hasilnya. Tekstur bukan macam kek span. Dia agak padat.


14. Frosting boleh guna buttercream cheese.

250g creamcheese
100g buttercup
100g gula icing

Putar semua sebati dan boleh terus guna.
Kredit : Norlailanazira Mohd Agos

INGIN MEMBELI MIXER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

IKLAN