Buat Kek Pandan Guna Blender & Kukus Sahaja. Mudah Betul Resipi Ni

Share

Kek Pandan kukus yang paling mudah untuk dibuat. Resipi ini sesuai sangat dicuba oleh anda yang tercari-cari resipi kek yang mudah, tidak perlu guna mesin pengadun dan juga ketuhar. Ini kerana anda hanya memerlukan blender dan periuk kukusan sahaja.
Bahan-bahan asasnya juga sangat ringkas dan mudah didapati. Paling penting kena ada telur dan tepung. Anda juga boleh guna air kisaran daun pandan untuk bau serta warna semulajadi.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Sally Aqua

ni. Pasti puas hati dengan rasanya. Bak kata empunya resipi, sekali makan, berebut dengan anak-ank. Tak sedar dah habis sebiji. Wow..Sedap betul ni. Jomlah cuba!

RESIPI KEK PANDAN GUNA BLENDER DAN KUKUS SAHAJA. SEDAP, MUDAH & CEPAT

BAHAN AYAK:
1 cawan tepung gandum beli online disini
1 sudu teh baking powder beli online disini
1/2 sudu teh soda bikarbonat beli online disini
BAHAN KISAR HALUS HINGGA KEMBANG:
4 biji telur (gred c) – jika telur greb B guna 3 biji sahaja
1/2 cawan gula kastor (gula halus) beli online disini

2 sudu makan susu pekat manis beli online disini
1/2 cawan minyak masak. (Kurang sikit pun boleh, jangan terlebih)
1 sudu teh perasa pandan beli online disini

1-2 titis pewarna hijau beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan ayak kemudian ayak ke dalam satu bekas yang bersesuaian. Ketepikan.
2.Seterusnya, satukan bahan-bahan kisar. Kisar hingga halus.
3.Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan ayak tadi. Gaul hingga sebati dan bercampur rata.
4. Tapis adunan supaya tiada ketulan tepung. Kemudian masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus kek selama 30-40 minit.
6. Bila kek sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Sally Aqua

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN