Cara mudah, sedap, dan jimat masa untuk menghasilkan kek brownies yang sedap seperti masakan orang profesional. Tidak perlu bahan yang banyak hanya guna 3 bahan sahaja, kek idaman seisi keluarga dan boleh di mnikmati. Cubalah!
Resipi Nutella Brownies
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 Bahan Saje
1 1/4 cawan Nutella
2 Biji Telur
1/2 cawan tepung serbaguna(All purpose flour)
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan semua 3 bahan ini dalam mangkuk dan kacau sehingga rata
Biskut Red Velvet Crunchy atau Red Velvet Crunchy Cookies ni adalah salah satu resipi biskut raya yang wajib anda cuba. Jika anda masih tercari-cari, resipi yang satu ni semestinya tidak rugi anda buat. Sangat sedap dan menjadi kegemaran ramai. Berbaloi sangat. Anak-anak suka, orang dewasa pun makan banyak kalau ada biskut ni. Saudari Rozmaliza Omarada kongsikan resipinya. Jom cuba!
RESIPI RED VELVET CRUNCHY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Putar mentega, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.
2.Masukkan susu pekat manis, telur dan red velvet emulco. Putar lagi hingga sebati.
3.Masukkan semua jenis tepung, cornflakes kisar, almond flakes, chocolate chip dan gaul hingga rata.
4.Sudukan adunan atas dulang pembakar. Tekan dengan garpu.
5.Bakar biskut pada suhu 160c selama 20 minit.
6.Bila biskut telah masak, biar hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Dah lama tak menerap biskut. Boleh juga buat kudapan untuk makan bersama keluarga atau hadiah untuk ibu mertua. Boleh ikut resipi ini dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah. Dah pandai nanti bolehlah buat jualan.
NESTUM CRUNCHY COOKIES Bahan-bahan: 250g buttercup 1 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 2 1/2 cawan tepung gandum }-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan tepung jagung } ayak-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil baking powder } 1 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1 cawan nestum Ceri merah / hijau untuk hiasan } optional
Cara membuat: 1.Adun butter dan gula hingga kembang. 2.Masukkan telur dan esen vanilla, adun sebati. 3.Off mixer, masukkan bahan-bahan ayak dan nestum, kacau sebati sehingga jadi doh, tak melekat di tangan. * kalau doh lembik, letak sedikit tepung gandum.
4.Tekap dengan acuan yang digemari dan gentel dan susun atas baking tray. 5.Hias dengan hirisan ceri merah. Bakar pada suhu 160°c 20 -25 minit atau sehingga masak , bergantung oven masing-masing.
Gulai ikan tenggiri pedas, merah menyala ni tengok rupa pun dah meleleh air liur. Di negeri-negeri Utara, lauk kari disebut gulai. Tapi gulai ni punyalah sedap dan istimewa, pasti makan bertambah ni.
Perkongsian resipi gulai dari Makcik Ratu iaitu gulai ikan tenggiri pedas resipi bondanya wajib hidangkan dengan air asam dan kangkung rebus.