Buat Bebola Tauhu Salut Dengan Serbuk Roti, Memang Tak Cukup Satu

Share

Dari melayan mata yang asyik nak terkatup ni baik bangun buat sesuatu.Ada peminat tauhu kat sini? Dah biasa buat begedil atau tauhu berlauk kali ni kita buat bebola pula. Best layan hujan-hujan macam ni. Pasti tak cukup sebiji, cicah pula dengan sos tak sedar habis sepinggan.

BEBOLA TAUHU / TOFU BALLS


Bahan-bahan:
1 tiub tauhu telur (hancurkan)
200gm daging ayam kisar
3 sudu besar daun bawang/sup/sayur (dadu halus)
2 sudu besar serbuk roti @ bread crumb-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit garam #zida2004
Sedikit serbuk lada hitam/sulah-BELI ONLINE DI SINI
1 biji telur
Serbuk roti untuk salutan

Cara memasak:

1.Campurkan tauhu, ayam kisar, daun bawang,daun sup,sayur, serbuk roti, garam dan serbuk lada. Gaul sebati.
2.Bahagikan kepada doh-doh kecil. Kepal-kepalkan dan bentukkan membulat. Tidak apa jika ia melekat dan bentuk tidak cantik, boleh dibentuk ketika disalut dengan serbuk roti nanti.
3.Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul sedikit. Dalam pinggan sediakan serbuk roti untuk salutan.
4.Rendam/celupkan doh bebola tadi ke dalam telur, kemudian salutkan dengan serbuk roti. Golek-golekkan doh sambil dibentuk menjadi bentuk bebola jika awalnya bentuk kurang cantik.
5.Gorengkan doh bebola dengan minyak yang panas dan api sederhana sehingga perang keemasan. Toskan lebihan minyak. Boleh dihidangkan bersama sos cili ataupun mayonis. Siap untuk dihidang.


Kredit: #norfazidagda

 

IKLAN