Buat Ayam Meraung Serta Sos, Simple & Padu Rasa

Share

Menu ayam sering menjadi kesukaan ramai. Selain dibuat gulai, bakar dengan bahan perapan pun tidak kurang enaknya. Ayam yang dibakar dicicah pula dengan sos homemade yang kaw pedas memang puas hati makan. Jika ada majlis barbeku sesuai hidangkan menu ni. Confirm berebut tetamu anda makan nanti.

AYAM MERAUNG

 Bahan-bahan:

2 keping dada ayam

Perap dengan

Sedikit kicap pekat

Sos tiram

Sos ikan

Secukup rasa

Sedikit minyak

Sedikit gula

Cara memasak:

1.Bakar dalam kuali non stik hingga siap masak.

  1. Potong ikut cita rasa anda.

Bahan sos:

*Cili merah besar

*Cili padi hijau

*Bawang putih

*Bawang merah

*Daun ketumbar beserta akar

Semua bahan bertanda * cincang kasar

Gula kabung

Sos ikan

Sedikit beras pulut sangai dan tumbuk halus

Sedikit cili flakes

Cara membuat:

1.Gaul semua bahan dan perahkan asam limau

Kredit: Mas Salleh

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa

IKLAN