Makan

Resipi Ayam Bakar Paling Mudah & Sedap. Gaul Dengan Sos Apa Ada, Bakar Dalam Oven

Share

Kalau selalu buat ayam goreng, bosan juga. Cuba tukar kita buat ayam bakar pula. Tapi dengan cara yang paling senang. Gaul saja ayam dengan sos yang ada di rumah dan bakar dalam oven.

Cuma pesan empunya resipi Fazilawati Binti Padzil

kalau nak cuba, jangan buat sikit nanti tak cukup! Rasanya macam ayam bakar Pizza Hut!
Cara buat ayam bakar paling senang tapi sedap

 

Bahan-bahan

12 ketul ayam
2 sb cili kisar
5 sb sos cili (Kimball)
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1/2 sb serbuk perasa (Hilal)
1 1/2 sb gula
1 sk garam
2 ulas bawang putih – tumbuk kasar

Bahan kisar kasar

1 sb biji ketumbar
1 sb lada hitam

Cara membuat:

 

1. Gaulkan ayam dengan semua bahan hingga rata. Lagi sedap perap semalaman.

2. Bakar pada suhu 180°c – 200 °c selama 40 minit. Boleh gunakan api atas bawah 30 minit dan 10 minit atas sahaja. Tempoh ini dah cukup untuk ayam masak luar dan dalam.

3. Untuk elak sos melekat, alas dulang dengan aluminium foil sebelum letak ayam. Boleh tuang sos perapan sekali.

 

4. Boleh makan dengan nasi atau makan macam begitu saja.

 

 

Sumber: Fazilawati Binti Padzil

IKLAN