Buat Asam Laksa Sedap, Guna Sardin Tin Makin Mudah Nak Buat

Share

Resipi Asam Laksa menggunakan ikan sardin di dalam tin ini memang popular. Bukan sahaja mudah untuk membuatnya, kuahnya pun sedap dan pekat.

Apa kata kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Suriani Mohd Ariffin ini. Resipi asam laksa terlajak sedap. Dah makan tak cukup semangkuk. Gerenti nak makan berulang-ulang. Jom cuba.

BAHAN-BAHAN:

1 paket laksa segera/ laksa basah – Boleh beli online di sini

1 ikat daun kesum – Boleh beli online di sini

2 batang bunga kantan

5-6 keping asam keping – Boleh beli online di sini

Nanas (dipotong halus)

Garam – Boleh beli online di sini

Gula

BAHAN KISAR

1 tin besar sardin Ayam Brand* – Boleh beli online di sini

2 paket pes asam pedas Adabi* – Boleh beli online di sini

1 biji bawang besar*

2 biji bawang India* 

3 biji lada merah*

Sedikit belacan* – Boleh beli online di sini

Sedikit nanas*

BAHAN HIASAN

Telur rebus

Daun salad

Daun pudina

Cili padi – Boleh beli online di sini

Bunga kantan

Limau kasturi atau limau nipis – Boleh beli online di sini

Bawang besar

CARA MEMASAK:

Mula-mula, kisar lumat semua bahan yang bertanda * di atas.

Kemudian, didihkan bahan kisar tersebut bersama 1 jag air atau tambahkan lagi mengikut kadar kepekatan atau kecairan yang disukai.

Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan lain iaitu daun kesum, bunga kantan, asam keping, nanas, garam dan gula.

Ambil sedikit ikan sardin dan hancurkan agar nampak berketul-ketul. Didihkan lagi sehingga masak.

Sementara itu, hiriskan bahan-bahan hiasan seperti di atas.

Kuah dah siap, bolehlah hidangkan laksa bersama telur rebus, daun salad, daun pudina,cili padi, hirisan bunga kantan, limau kasturi atau limau nipis dan hirisan bawang.

Kredit: Suriani Mohd Ariffin

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN